Showing posts with label NGA KOR MING. Show all posts
Showing posts with label NGA KOR MING. Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

NGA KOR MENG DAPAT UNDI SIKIT TAPI MENANG PENGERUSI PERAK??? APA BODOH SANGAT PARTY NI!!






Demokrasi jenis apakah ini? Mengapa yang lebih banyak undi dan kepercayaan tidak diberikan tempat dan kedudukan yang setimpal dengan amalan demokrasi? 

Patutlah CEC DAP masih lagi mengalami masalah sampai sekarang. DAP seolah menyembunyikan sesuatu daripada rakyat. Inilah wajah sebenar parti yang mendabik dada mendakwa mereka adalah parti yang paling demokrasi.

Setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming dipilih sebagai Pengerusi DAP Perak yang baru menggantikan sepupunya Datuk Ngeh Koo Ham pada Konvensyen DAP Negeri diadakan di Bukit Merah Lake Town Resort.

Setiausaha Eksekutif DAP Perak, Liew Wai San berkata pada pemilihan itu Nga yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang berada pada tangga ke-14 daripada 24 calon yang bertanding dengan memperolehi 571 undi manakala Ngeh ditangga ke-15 dengan 565 undi.

"Ngeh dilantik sebagai penasihat DAP Perak," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau berkata Ketua Dapsy Perak Wong Kah Woh yang berada pada kedudukan teratas pada pemilihan itu dengan memperolehi 738 undi dipilih sebagai Setiausaha DAP negeri.

Anggota Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar yang berada pada tangga kedua dengan memperolehi 730 undi dipilih sebagai Timbalan Pengerusi negeri manakala A. Sivanesan yang mendapat 690 undi pula sebagai Naib Pengerusi.

Seramai 797 perwakilan hadir pada konvensyen itu. 




Dari sini kita dah boleh nampak strategi DAP sebenarnya memilih pemimpin yang pandai spin dan buat kenyataan media atau pandai berkata-kata 
sahaja dari buat kerja.


Saturday, 16 November 2013

SAMBUNG PANASS!!! NGA KOR MENG PANDAI BUAT WAYANG!!!


DAP untuk semua? ini nama dia wayang dan tipu.. Semalam saya telah dedahkan hal sebenar, apa yang berlaku.. Boleh nampak apa DAP cuba racun fikiran rakyat dan spin gambar wayang.. -isu sebelum ini.





























Semua bangsa support beliau kata NGA KOR MENG! ternyata menipu.. keadaan sebenar boleh di lihat pada gambar ini.. Hanya beberapa orang bangsa cina hadir di situ.. 2 orang kerja 11 orang tengok.. Agak-agak yang datang buat aduan ni pun di suruh hadir "mewakili NGA KOR MENG".




Nga Kor Meng hanya boleh '1hari 2jam' untuk bantu penduduk Taiping? Itu pun selepas 'terasa' selepas Dato Tan Lian Hoe membidas YB yang menang PRU-13.


Jika betul DAP atau NGA KOR MENG kata DAP untuk semua.. Kenapa Isu perkauman yang cuba di bangkitkan oleh AUNTIE ini di sokong oleh NGA KOR MENG?

Gambar di bawah ni menunjukan yang NGA KOR MENG tidak disambut baik penduduk Taiping kerana? Beliau menang di SIT PARLIMEN atas nama DAP bukanya atas khidmat beliau di TAIPING..





Friday, 15 November 2013

PANAS!! NGA KOR MING DIHALAU PIHAK BERKUASA SEBAB LANGGAR KAWASAN!!!



Pagi tadi, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng dan sekutunya telah membuka kaunter aduan di Wisma Gerakan Taiping. Apa yang menariknya ialah, dia dan kroninya dengan 'slumber' telah melanggar kawasan. Apa guna Pejabat DAP Taiping yang gah membangun sepanjang pemerintahannya selama hampir 2 penggal? 


"Gerakan mengalu-alukan Ahli Parlimen dan ADUN DAP Taiping untuk selesai masalah rakyat di hadapan Wisma Gerakan harian, jangan buat wayang sahaja."


Persoalan yang saya mahu ketengahkan disini ialah apa mereka buat selama ini dan kenapa Wisma Gerakan juga dipilih sebagai venue utama?


Atas sebab melanggar kawasan, puak-puak sarkas DAP telah dihalau oleh Majlis Perbandaran Taiping atas aduan yang dilakukan oleh Wakil Pengerusi Gerakan Taiping, Soo Kay Ping. Setelah itu, mereka telah berpindah ke perkarangan kedai.

Menurut ura-ura yang didapati, Punca sebenar hal ini berlaku adalah kerana Dato Tan Lian Hoe telah membidas Nga Kor Meng kerana tidak menjalankan tanggungjawab sepanjang Ahli Parlimen Taiping.

Menurut sumber tidak rasmi, laporan polis telah dibuat kerana ada berlaku sedikit provokasi oleh puak DAP, iaitu cubaan mencetuskan sentimen perkauman dengan 'menganjing' kerajaan menindas kaum cina.

Tidak cukup lagikah dengan apa yang kerajaan bagi selama ini? Gambar-gambar boleh lihat dibawah:








KERAJAAN MENINDAS KAUM CINA????







Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktops