Wednesday 11 December 2013

NGA KOR MENG DAPAT UNDI SIKIT TAPI MENANG PENGERUSI PERAK??? APA BODOH SANGAT PARTY NI!!






Demokrasi jenis apakah ini? Mengapa yang lebih banyak undi dan kepercayaan tidak diberikan tempat dan kedudukan yang setimpal dengan amalan demokrasi? 

Patutlah CEC DAP masih lagi mengalami masalah sampai sekarang. DAP seolah menyembunyikan sesuatu daripada rakyat. Inilah wajah sebenar parti yang mendabik dada mendakwa mereka adalah parti yang paling demokrasi.

Setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming dipilih sebagai Pengerusi DAP Perak yang baru menggantikan sepupunya Datuk Ngeh Koo Ham pada Konvensyen DAP Negeri diadakan di Bukit Merah Lake Town Resort.

Setiausaha Eksekutif DAP Perak, Liew Wai San berkata pada pemilihan itu Nga yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang berada pada tangga ke-14 daripada 24 calon yang bertanding dengan memperolehi 571 undi manakala Ngeh ditangga ke-15 dengan 565 undi.

"Ngeh dilantik sebagai penasihat DAP Perak," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau berkata Ketua Dapsy Perak Wong Kah Woh yang berada pada kedudukan teratas pada pemilihan itu dengan memperolehi 738 undi dipilih sebagai Setiausaha DAP negeri.

Anggota Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar yang berada pada tangga kedua dengan memperolehi 730 undi dipilih sebagai Timbalan Pengerusi negeri manakala A. Sivanesan yang mendapat 690 undi pula sebagai Naib Pengerusi.

Seramai 797 perwakilan hadir pada konvensyen itu. 




Dari sini kita dah boleh nampak strategi DAP sebenarnya memilih pemimpin yang pandai spin dan buat kenyataan media atau pandai berkata-kata 
sahaja dari buat kerja.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktops