Saturday 19 April 2014

KEMATIAN KARPAL SINGH: SUATU PEMBALASAN KERANA KEJAHATAN SENDIRI?

KARPAL SINGH TERIMA PEMBALASAN KERANA KEJAHATAN SENDIRI?


Untuk renungan bersama. Sila baca sampai habis dan kemudian anda fikirkan. Jika anda rasa apa yg dikatakan ini betul dan anda setuju, sila sebarkan pula kepada rakan,kenalan dan ahli keluarga anda. Jika anda tidak setuju, sila abaikan.

Hari Rabu tanggal 22 Oktober 1997 jam 5.14 petang (mengikut hansard Parlimen), ahli parlimen Jelutong, Tuan R. Karpal Singh telah membangkitkan dalam Dewan Rakyat kegiatan homoseksual Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berikutan satu perjumpaan yang telah diadakan oleh Karpal Singh dengan bekas pemandu Datin Seri Wan Azizah, iaitu Azizan Abu Bakar sebelum itu yang mengadu kepada Karpal beliau tidak tahan diliwat Anwar Ibrahim. Satu akaun bersumpah juga telah dibuat oleh Azizan melalui firma guaman Karpal Singh.

Memandangkan Karpal membangkitkan perkara itu di dalam Dewan Rakyat, iaitu satu institusi yang tinggi dan berintergriti dalam negara, serta kedudukan Dewan Rakyat itu yg tidak membolehkan ahli-ahlinya berbohong, maka Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir mengambil serius dakwaan tersebut dan telah mengarahkan satu siasatan dijalankan oleh polis.

Manakala Anwar Ibrahim tidak berani membawa usul untuk merujuk Karpal kepada J/kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Ini menguatkan lagi bukti bahawa apa yang dikatakan Karpal Singh adalah betul.

Hasil siasatan yang dijalankan polis mengesahkan Anwar terlibat dalam kegiatan homoseks. Pada 2 September 1998 Datuk Seri Dr Mahathir telah bertindak memecat Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan.

Setelah ditahan dan didakwa di Mahkamah kerana kesalahan meliwat Sukma, Munawar Anes dan Azizan Abu Bakar, tiba-tiba Karpal Singh selaku orang pertama yang mendedahkan kegiatan homoseks Anwar telah bertukar arah dan terlibat dalam barisan peguambela Anwar pada 1999 untuk perbicaraan kes liwat yang dibangkitkan olehnya sendiri pada 1997.

Daripada 1999 hingga 2005 memakan masa 6 tahun. Oleh kerana kemunafikkannya itu, pada 2005 Karpal telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Pulau Pinang yang membuatkan beliau lumpuh dan terpaksa bergerak atas kerusi roda.

Tahun 2008 Anwar Ibrahim ditangkap dan didakwa kali kedua atas kesalahan homoseks, iaitu meliwat Saiful Bukhari Azlan. Walaupun dalam keadaan lumpuh dan berada atas kerusi roda Karpal sekali lagi bertindak sebagai peguambela Anwar dan mempertahankan kegiatan homoseks Anwar.

Daripada 2008 hingga 2014 memakan masa 6 tahun. Selepas sekali lagi enam tahun Karpal kemalangan lagi sekali dan akhirnya kemalangan itu meragut nyawanya. Beliau mati dalam keadaan yang sangat ngeri. Dimana mukanya dalam keadaan senget dan matanya terbeliak.

Beliau sendiri yang mendedahkan kegiatan homoseks Anwar dan kemudiannya beliau sendiri pula yang mempertahankan kegiatan homoseks Anwar. Tindakannya itu membuat orang ramai keliru dan seterusnya membuat masyarakat berpecah belah.

Mungkin inilah balasannya terhadap manusia yang jahat seperti Karpal.

Akhir kata marilah kita sama-sama renungkan pengajaran atau iktibar yang boleh kita ambil daripada peristiwa ini. - SUMBER

Friday 18 April 2014

Kes #MH370 ANWAR BOLEH SELESAIKAN DALAM MASA 1 SAAT.. KES AIR DISELANGOR? MACAM MANA?



Anwar Ibrahim dakwa boleh menyelesaikan tragedi kehilangan MH370 dalam masa 1 saat. Kenyataan ini telah dikecam hebat dari pelbagai pihak kerana secara ketara memperbodohkan rakyat. Perkara ini juga telah dibidas oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak sendiri.

Baca dibawah:
PUTRAJAYA 15 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam satu saat sekiranya diberi kuasa.

Beliau berkata, apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang itu benar-benar tidak masuk akal serta memperbodohkan akal budi rakyat.Beliau berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini. -UTUSAN
Untuk pengetahuan, tragedi ini sudahpun diisytiharkan sebagai PENCARIAN PALING SUKAR DALAM SEJARAH PENERBANGAN DUNIA.  


HEBAT SANGATKAH ANWAR INI? KALAU ISU DUNIA PUN ANWAR KATA MAMPU SELESAIKAN DALAM MASA 1 SAAT, SUDAH TENTU ISU AIR DI SELANGOR PUN DIA BOLEH SELESAIKAN DALAM 1 SAAT KAN? SETUJU? 


Berdasarkan laporan dari Rakyat News:

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan pakar-pakar dalam menangani isu air di Selangor. 
Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu berdebat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didalam isu politik yang menganggap diri beliau sebagai penasihat ekonomi. 
"Saya mencabar Anwar Ibrahim berdebat didalam isu air bersama pakar-pakar air. Saya mencabar dia. Sedangkan beliau hanya mahu berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja dan mengapa beliau tidak mahu berdebat di dalam isu air bersama pakar - pakar air. 
"Jikalau betul beliau adalah penasihat ekonomi yang hebat, bakal Perdana Menteri yang hebat. Mari berdebat dalam isu air ini dengan pakar-pakar air. Kita hendak melihat,"katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PMSP di Petaling Jaya, hari ini. 
Tambah beliau, sekiranya Anwar Ibrahim boleh menyelesaikan masalah MH370 didalam masa 1 saat, mengapa beliau tidak mahu menyelesaikan masalah air di Selangor didalam masa 1 saat. 
"Kalau dia kata dia boleh selesaikan masalah MH370 dalam masa 1 saat, selesaikan isu masalah air ini dalam 1saat. Saya hendak lihat. 
"Anwar Ibrahim sengaja tidak mahu berkata dalam isu air kerana beliau sedar dan ia adalah perkara yang disengajakan untuk menaikkan kemarahan rakyat dengan menuduh kerajaan pusat diatas kesalahan disebalik isu air ini,"katanya.

ULASAN PENULIS: 

SAYA SECARA PERIBADI MENYOKONG PENUH DENGAN CABARAN DARI SDR RAMESH RAO TERHADAP ANWAR IBRAHIM TERSEBUT. SAYA NAK TENGOK ANWAR SAHUT CABARAN INI JIKA BENAR DIA 'ANAK JANTAN'. TAK PERLU CAKAP KOSONG SAHAJA, KALAU HABUK PUN TAK ADA!!

INILAH 'PELUANG' PALING SESUAI UNTUK ANWAR BUKTIKAN KEHEBATANNYA JIKA BENAR DIA 'ADA ISI'.

KALAU TAK JADI PM PUN BOLEH BUAT KAN? 

SAYA CABAR ANWAR SAHUT CABARAN RAMESH!! 

Thursday 17 April 2014

YB Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Ngeri..



Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 305 lebuhraya utara selatan menghala ke utara kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Turut terkorban ialah pembantu beliau, Michael Cornandez

Walaubagaimanapun, pemandu kenderaan, pembantu rumah serta anak beliau, Ram terselamat. - PERAK TODAY



FOTO KEMALANGAN: 
CREDIT TO PERAK TODAY




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktops