Thursday 26 September 2013

PAS jemput Syiah masuk! UMNO jugak yang nak kena bersihkan!







Prinsip Ahli Sunnah adalah menolak kaum sesat seperti SYIAH & Khawarij. Tapi Haji Hadi pulak terima mereka masuk PAS dengan bangganya. Apa susah jadi??



USTAZ FATHUL BARI MAT JAHYA (CEO iLMU)
Tajuk: UFB Selar Haji Hadi Kerana Terima SYIAH & Khawarij Masuk PAS
Tarikh: 14.12.2012 (Jumaat)
Lokasi: Sungai Sireh, Tanjong Karang

Video Penuh : Youtube

Thursday 12 September 2013

Taiping Memory (1962)

I found this from someone (Stephanie Keenan) that live at Taiping on 1962.



 Lake Gardens 1962




Port Weld (Kuala Sepetang) 1962, photo taken 

by Stephanie Keenan  father KenLamming


New Club Swimming Pool 1962


Rifle Range Road 1962


120 Thomson Road 1962




Credit to 
Stephanie Keenan 





Tuesday 10 September 2013

RAYUAN KALIMAH ALLAH - WAKIL PADERI NECF REMEHKAN SENSIVITI UMAT ISLAM ?!!


Putrajaya 10 Sept  – Wakil Paderi The National Evangelical Christian Fellowship (NECF) hari ini meremehkan sensiviti umat Islam berhubung isu kalimah Allah apabila menyifatkan nilai sensiviti bumiputera adalah lebih penting.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Yap berkata, nilai sensiviti bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih penting dan perlu diutamakan.



“Jika umat Islam merasakan kalimah Allah ini penting, kami juga merasakan hak bumiputera adalah penting.

“Bumiputera sudah lama menggunakan kalimah Allah, jadi kenapa mahu ditukar?,” soalnya kembali kepada wartawan.

Ujarnya lagi, mereka akan terus memperjuangkan hak milik untuk mendapatkan penggunaan kalimah Allah ini dalam bible terbitan mereka.



Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mendengar rayuan penuh kerajaan untuk membatalkan larangan penggunaan kalimah suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.

Ini adalah berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan apabila memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap perkataan Allah dalam The Herald adalah tidak sah dan terbatal pada 31 Disember 2009.

Permohonan kali ini didengar oleh panel  tiga hakim yang diketuai YA Dato Seri Mohamed Apandi Hj Ali bersama dengan dua lagi YA Dato Abdul Aziz Abdul Rahim dan YA Dato Mohamad Zawawi Salleh.




Tambah wakil paderi NECF itu lagi, dalam memberikan sokongan pada hari ini, wakil paderi gereja dari Sabah juga akan turut hadir.

Turut kelihatan bebrapa orang wakil dari Persekutuan Kristian Malaysia. (CFM).

Dalam pada itu menurut seorang peguam cina yang beragama Kristian (tidak mahu dikenali), perbicaraan kes kalimah Allah hari ini adalah lebih penting dari kes yang sedang dibicarakan di bilik mahkamah lain.


Katanya, hari ini adalah penentu kepada penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Malaysia.

“Perkara ini penting untuk mengekalkan keharmonian di Malaysia,” ujarnya.

Namun apabila ditanya mengenai sensiviti dan kemarahan umat Islam berhubung perkara ini, beliau tidak mahu mengulas lanjut



Berapa peratuskah bumiputera Sabah dan Sarawak yang menganut agama Kristian? 

Bingkisan istimewa buat penyokong PR.. dengan ucapan, renung2kanlah..


MATLAMAT COMANGO UNTUK MENGHAPUSKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA...

Salam ALLAHU AKBAR x3. Islam milik Allah, ada sesiapa membantah?

Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO). Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi. 

Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.

Selain itu, dalam taklimat yang sama, COMANGO dilihat cuba memberi tekanan ke atas kes penggunaan nama 'Allah' oleh The Herald Weekly yang perbicaraan berlaku hari ini dMahkamah Rayuan.

Admin akan post beberapa info ttg COMANGO ini utk difikir dan diambil tindakan... Ingatlah... Islam semakin dicabar dibumi Malaysia..

Pemuda PAS ragui cadangan Anwar


PETALING JAYA: Pemuda PAS mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengadakan rundingan meja bulat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa merujuk kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat terlebih dahulu.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Anwar perlu merujuk sebarang keputusan dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk bertemu dengan BN.
“DPPM merasa musykil mengapa Datuk Seri Anwar begitu beriya-iya mengajak kerajaan berbincang sedangkan sebelum ini begitu teruk Presiden PAS dan pimpinan PAS yang lain dihentam ketika cadangan mengajak kerajaan BN mengadakan perbincangan?
“Dalam hal ini, DPPM sekadar mengingatkan Datuk Seri Anwar agar berhati-hati dalam permainan politik musuh
“Apa yang dibimbangkan adalah beliau terperangkap dengan politik individu atau segolongan mereka yang berkepentingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anwar dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan ke-56 minggu lalu memberi tawaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera mengadakan rundingan meja bulat antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu semasa yang semakin kritikal.
Antaranya isu perpecahan perkauman, peningkatan jenayah, defisit fiskal ekonomi dan eksploitasi hal-hal keagamaan.
Beliau turut menyatakan kesediaan untuk mengenepikan perbezaan dan persengketaan keputusan pilihanraya umum lalu (PRU13) demi masa depan negara.
“Meski pun kami membantah sekeras-kerasnya tentang kesahihan keputusan pilihanraya yang lepas, kami bersedia untuk mengetepikan perbezaan kami demi negara kesejahteraan dan masa depan.
“Dalam hal ini, kami percaya bahawa adalah penting bagi Perdana Menteri untuk segera mengadakan rundingan meja bulat antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dan merumuskan satu penyelesaian yang menyeluruh,” katanya pada 30 Ogos lalu.
Raja Ahmad menegaskan, Majlis Presiden serta pimpinan Pakatan Rakyat perlu meneliti cadangan Anwar itu supaya Pakatan akan masih kekal dinilai rakyat sebagai layak dan mampu memerintah negara selepas PRU-14 akan datang.
Walau bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih menganggap baik cadangan itu agar kemelut negaa dapat ditangani da rakyat mendapat manfaat.
“Tanggungjawab membina negara adalah amanah yang perlu dipikul bersama dan setiap pemimpin perlu merasa prihatin terhadap pergolakan negara dengan memberikan respons atau sebarang kerjasama,” katanya.

Melayu terlalu mudah.


Inilah jadinya apabila melayu lemah, melayu tidak bersatu, hukuman terlalu ringan maka melayu akan sentiasa dihina.

Kita akan pertahankan Kalimah Allah.





Asalamuaalaikum,

Sahabat-sahabat seperjuangan marilah kita sama-sama pada 10hb Sept 2013 (Esok) pada jam 9.00 pagi dapat kita meluangkan masa untuk hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya menyatakan sokongan terhadap Perbicaraan Penuh #KalimahALLAH

Ayuh kita sama-sama memberi sokongan Moral, membaca Yassin, Berzikir dan mendokan kemenagan kpd Islam,

ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!

'Allah' Hanya Merujuk Kepada Tuhan Agama Islam



PUTRAJAYA 10 September - Tiada agama yang boleh menggunakan nama 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan selain agama Islam.

Perayu yang juga merupakan peguam daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman berkata tiada bukti sahih yang diperolehi bagi menyatakan Allah itu sebagai Tuhan kepada penganut agama Kristian.

"Muslim merujuk Allah sebagai Tuhan yang merupakan Pencipta (sekalian alam) dan kemudiannya (Allah) menurunkan Quran.

"Tiada bukti nyata ia (Allah) sebagai sebahagian daripada agama Kristian sedangkan di dalam Bible mengikut salinan asal dan berbahasa Inggeris juga tiada perkataan Allah,"beliau berkata demikian ketika berhujah dalam sesi pendengaran berkenaan isu penggunaan kalimah Allah di Mahkamah Rayuan Putrajaya di sini.

Kes di dengar di hadapan Hakim Datuk Apandi Ali, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh.

credit : Papagomo

Kisah ROMPAKAN. (18sx)


Kisah ROMPAKAN. (18sx)




Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: 
"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."
Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.
*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!
Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"
*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!
Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."
Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."
*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!
Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".
*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!
Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!
Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. 
Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."
*Ini dipanggil "Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktops