Sunday 9 March 2014

#SelawatPerdana: Hanya Tinggal Lagi 12 Hari Sahaja Lagi!! #PrayForMH370


Tinggal lagi 12 hari saja lagi untuk umat Islam bersama-sama berqasidah dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sempena program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435H.Program selawat perdana yang berkonsepkan penyatuan ummah bagi mengukuhkan ukhwah persaudaraan sesama umat Islam merupakan anjuran Gerakan Anak Muda Dakwah sebuah badan bebas terdiri dari anak-anak muda tempatan.

Walaupun tiada promosi besaran di televisyen, program selawat perdana meraih sokongan pelbagai pihak di mana laman Facebook rasmi telah berjaya mengumpulkan lebih 106,000 likes dalam tempoh dua minggu. Marilah kita bersama-sama gemakan seluruh Putrajaya dengan bacaan qasidah dan selawat pada 21 Mac 2014 jam 8.00 malam bertempat di Dataran Masjid Putrajaya, Presint 1.

Ikuti perkembagan terbaru, di laman Facebook - SELAWAT PERDANA

INGATAN IKHLAS DARI Taiping Walker

Friday 7 March 2014

#SelawatPerdana: 14 HARI LAGI!!


Tak sedar, cepat betul masa berlalu. Pejam celik, pejam celik.. Hanya tinggal lagi 14 hari saja lagi untuk umat Islam bersama-sama berkumpul di pekarangan Masjid Putra, Putrajaya untuk berqasidah dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sempena program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435H.

Program selawat perdana ini berkonsepkan PENYATUAN UMMAH. Ini adalah bagi mengukuhkan ukhwah persaudaraan sesama umat Islam hasil kerjasama penganjur, iaitu Gerakan Anak Muda Dakwah - sebuah badan bebas terdiri dari anak-anak muda tempatan.

Walaupun tiada promosi besaran di televisyen, Alhamdulillah, atas berkat kerjasama, Program Selawat Perdana berjaya meraih sokongan pelbagai pihak di mana laman Facebook rasmi telah berjaya mengumpulkan lebih 106,000++ likes dalam tempoh dua minggu!!!

Kepada peniaga-peniga/sesiapa sahaja yang ingin menamabah pendapatan sampingan ,Sila upload Borang Permohonan Berniaga Selawat Perdana 1435H yang akan berlangsung pada 21hb Mac 2014, bertempat di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.

Tapak seluas : "Arabian canopy 10ft x 10 ft dilengkapi kipas, lampu dan 2 Plug Points".

Ayuh semuanya! Jangan lupa hadirkan diri pada 21 Mac 2014 jam 8.00 malam Dataran Masjid PutrajayaMarilah kita bersama-sama gemakan seluruh Putrajaya dengan bacaan qasidah dan selawat  bertempat di Dataran Masjid Putrajaya, Precint 1.

Ikuti perkembagan terbaru, di laman Facebook - SELAWAT PERDANA

Demi kesatuan, perpaduan dan persaudaraan!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktops