Friday 18 April 2014

Kes #MH370 ANWAR BOLEH SELESAIKAN DALAM MASA 1 SAAT.. KES AIR DISELANGOR? MACAM MANA?



Anwar Ibrahim dakwa boleh menyelesaikan tragedi kehilangan MH370 dalam masa 1 saat. Kenyataan ini telah dikecam hebat dari pelbagai pihak kerana secara ketara memperbodohkan rakyat. Perkara ini juga telah dibidas oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak sendiri.

Baca dibawah:
PUTRAJAYA 15 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam satu saat sekiranya diberi kuasa.

Beliau berkata, apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang itu benar-benar tidak masuk akal serta memperbodohkan akal budi rakyat.Beliau berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini. -UTUSAN
Untuk pengetahuan, tragedi ini sudahpun diisytiharkan sebagai PENCARIAN PALING SUKAR DALAM SEJARAH PENERBANGAN DUNIA.  


HEBAT SANGATKAH ANWAR INI? KALAU ISU DUNIA PUN ANWAR KATA MAMPU SELESAIKAN DALAM MASA 1 SAAT, SUDAH TENTU ISU AIR DI SELANGOR PUN DIA BOLEH SELESAIKAN DALAM 1 SAAT KAN? SETUJU? 


Berdasarkan laporan dari Rakyat News:

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan pakar-pakar dalam menangani isu air di Selangor. 
Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu berdebat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didalam isu politik yang menganggap diri beliau sebagai penasihat ekonomi. 
"Saya mencabar Anwar Ibrahim berdebat didalam isu air bersama pakar-pakar air. Saya mencabar dia. Sedangkan beliau hanya mahu berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja dan mengapa beliau tidak mahu berdebat di dalam isu air bersama pakar - pakar air. 
"Jikalau betul beliau adalah penasihat ekonomi yang hebat, bakal Perdana Menteri yang hebat. Mari berdebat dalam isu air ini dengan pakar-pakar air. Kita hendak melihat,"katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PMSP di Petaling Jaya, hari ini. 
Tambah beliau, sekiranya Anwar Ibrahim boleh menyelesaikan masalah MH370 didalam masa 1 saat, mengapa beliau tidak mahu menyelesaikan masalah air di Selangor didalam masa 1 saat. 
"Kalau dia kata dia boleh selesaikan masalah MH370 dalam masa 1 saat, selesaikan isu masalah air ini dalam 1saat. Saya hendak lihat. 
"Anwar Ibrahim sengaja tidak mahu berkata dalam isu air kerana beliau sedar dan ia adalah perkara yang disengajakan untuk menaikkan kemarahan rakyat dengan menuduh kerajaan pusat diatas kesalahan disebalik isu air ini,"katanya.

ULASAN PENULIS: 

SAYA SECARA PERIBADI MENYOKONG PENUH DENGAN CABARAN DARI SDR RAMESH RAO TERHADAP ANWAR IBRAHIM TERSEBUT. SAYA NAK TENGOK ANWAR SAHUT CABARAN INI JIKA BENAR DIA 'ANAK JANTAN'. TAK PERLU CAKAP KOSONG SAHAJA, KALAU HABUK PUN TAK ADA!!

INILAH 'PELUANG' PALING SESUAI UNTUK ANWAR BUKTIKAN KEHEBATANNYA JIKA BENAR DIA 'ADA ISI'.

KALAU TAK JADI PM PUN BOLEH BUAT KAN? 

SAYA CABAR ANWAR SAHUT CABARAN RAMESH!! 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktops