Anwar Ibrahim dakwa boleh menyelesaikan tragedi kehilangan MH370 dalam masa 1 saat. Kenyataan ini telah dikecam hebat dari pelbagai pihak kerana secara ketara memperbodohkan rakyat. Perkara ini juga telah dibidas oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak sendiri.
Baca dibawah:
PUTRAJAYA 15 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam satu saat sekiranya diberi kuasa. Beliau berkata, apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang itu benar-benar tidak masuk akal serta memperbodohkan akal budi rakyat.Beliau berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini. -UTUSAN
Untuk pengetahuan, tragedi ini sudahpun diisytiharkan sebagaiPENCARIAN PALING SUKAR DALAM SEJARAH PENERBANGAN DUNIA.
HEBAT SANGATKAH ANWAR INI? KALAU ISU DUNIA PUN ANWAR KATA MAMPU SELESAIKAN DALAM MASA 1 SAAT, SUDAH TENTU ISU AIR DI SELANGOR PUN DIA BOLEH SELESAIKAN DALAM 1 SAAT KAN? SETUJU?
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan pakar-pakar dalam menangani isu air di Selangor.
Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu berdebat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didalam isu politik yang menganggap diri beliau sebagai penasihat ekonomi.
"Saya mencabar Anwar Ibrahim berdebat didalam isu air bersama pakar-pakar air. Saya mencabar dia. Sedangkan beliau hanya mahu berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja dan mengapa beliau tidak mahu berdebat di dalam isu air bersama pakar - pakar air.
"Jikalau betul beliau adalah penasihat ekonomi yang hebat, bakal Perdana Menteri yang hebat. Mari berdebat dalam isu air ini dengan pakar-pakar air. Kita hendak melihat,"katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PMSP di Petaling Jaya, hari ini.
Tambah beliau, sekiranya Anwar Ibrahim boleh menyelesaikan masalah MH370 didalam masa 1 saat, mengapa beliau tidak mahu menyelesaikan masalah air di Selangor didalam masa 1 saat.
"Kalau dia kata dia boleh selesaikan masalah MH370 dalam masa 1 saat, selesaikan isu masalah air ini dalam 1saat. Saya hendak lihat.
"Anwar Ibrahim sengaja tidak mahu berkata dalam isu air kerana beliau sedar dan ia adalah perkara yang disengajakan untuk menaikkan kemarahan rakyat dengan menuduh kerajaan pusat diatas kesalahan disebalik isu air ini,"katanya.
ULASAN PENULIS: SAYA SECARA PERIBADI MENYOKONG PENUH DENGAN CABARAN DARI SDR RAMESH RAO TERHADAP ANWAR IBRAHIM TERSEBUT. SAYA NAK TENGOK ANWAR SAHUT CABARAN INI JIKA BENAR DIA 'ANAK JANTAN'. TAK PERLU CAKAP KOSONG SAHAJA, KALAU HABUK PUN TAK ADA!! INILAH 'PELUANG' PALING SESUAI UNTUK ANWAR BUKTIKAN KEHEBATANNYA JIKA BENAR DIA 'ADA ISI'. KALAU TAK JADI PM PUN BOLEH BUAT KAN?
Kerajaan Bangladesh sekali lagi menafikan pembabitan lebih 40,000 warganya dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya mereka mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU-13. Najib berkata, jika kononnya lawatan beliau ke Bangladesh dengan misi hendak berjumpa dan berterima kasih kepada pengundi Bangladesh yang telah mengundi BN dalam PRU lepas, ternyata misi beliau gagal kerana beliau tidak berjumpa dengan seorang pun daripada pengundi yang didakwa itu. "Nampaknya misi yang kedua ini gagal kerana saya tidak dapat jumpa 40,000 orang Bangladesh yang dikatakan telah mengundi Barisan Nasional," katanya kepada pemberita Malaysia pada akhir lawatannya hari ini. Menurut Perdana Menteri, Sheikh Hasina sendiri menganggap tuduhan pembangkang di Malaysia itu sebagai amat mustahil dan tidak masuk akal sama sekali. ''Memang kita tidak ada memberikan 40,000 kewarganegaraan kepada orang Bangladesh dan Sheikh Hasina menafikan perkara ini berlaku," kata Najib. Pada sidang akhbar sama, Najib memberitahu, beliau gembira dengan sambutan mesra yang diberikan oleh kerajaan Bangladesh dan Sheikh Hasina menghargai hubungan dua hala yang terjalin selama ini. Betul juga kenyataan di bawah. Setelah seluruh rakyat Malaysia ditipu bulat-bulat tanpa rasa berdosa dan bersalah oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang semasa PRU13, mereka masih belum meminta maaf di atas penipuan jijik mereka. You name it. Hampir kesemua pemimpin pembangkang telah menipu berbohong tentang isu ini. Ada juga yang memperlekehkan SPR dan kemenangan BN berdasarkan kepada undi orang Bangladesh. Orang itu ialah Lim Guan Eng DAP.
Orang ini yang juga mengkritik hebat sistem pilihanraya Malaysia mempertikaikan pakatan pembangkang sepatutnya menang kerana mendapat undi popular yang lebih. Padahal, sistem pilihanraya negara berdasarkan kepada 'first past the post' dan anak Kit Siang DAP itu pun tahu tapi berdegil mahu menjadikannya satu isu murahan.
Tetapi apabila Lim Guan Eng DAP tergolek jatuh ke tangga 5 ditolak perwakilan semasa pemilihan semula CEC DAP dan mendapat undi popular yang berkurangan, beliau dengan tanpa malunya menjawat jawatan tertinggi di dalam parti DAP. Manakala, calon yang mendapat undi popular yang terbanyak hanya sekadar pengerusi biro parti sahaja.
Seriously, di manakah nilai kredibiliti Setiausaha Agung DAP ini? Cakap saja pandai tapi bila kena batang hidung sendiri, beliau tidak pula 'bangkit mempertahankan prinsip' beliau?
Kerana itu juga kita saksikan krisis dalaman DAP di beberapa negeri seperti Kedah, Melaka dan lain-lain. Amat memalukan sekali.
Selain daripada itu, media pro-pembangkang juga memainkan peranan yang sangat jijik dan kotor tentang isu 40,000 'pengundi Bangladesh'. Lihat printscreen di bawah :
Kita saksikan kembali 'pendedahan' Anwar tentang 40,000 pengundi yang tidak masuk akal tetapi dipercayai bulat-bulat oleh sebahagian rakyat Malaysia. Dan seperti yang kita semua tahu, finale kepada kenyataan di bawah ialah Anwar terpaksa gigit jari sekali lagi kerana kalah dalam PRU13 !
Video : berbelit dan tidak betul
Dan setelah terbukti bahawa isu 40,000 'pengundi Bangladesh' adalah satu penipuan paling jijik dalam sejarah pilihanraya negara ini, tidak ada seorang pemimpin pembangkang yang tampil ke hadapan meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Di bawah adalah laporan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh tentang pembohongan jijik pembangkang itu :
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi BN pada pilihan raya umum ke-13.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU-13.
Najib berkata jika kononnya lawatan beliau ke Bangladesh dengan misi hendak berjumpa dan berterima kasih kepada pengundi Bangladesh yang telah mengundi BN dalam PRU lepas, ternyata misi beliau gagal kerana beliau tidak berjumpa dengan seorang pun daripada pengundi yang didakwa itu.
"Nampaknya misi yang kedua ini gagal kerana saya tidak dapat jumpa 40,000 orang Bangladesh yang dikatakan telah mengundi Barisan Nasional," katanya secara sinis dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Dua Hala dengan kerajaan Bangladesh di Dhaka.
Kata Najib perdana menteri Bangladesh turut mempersoalkan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai mustahil kerana untuk mengundi di Malaysia, seseorang warga Bangladesh perlu menukar kerakyatan mereka kepada warganegara Malaysia.
"Dia kata memang tidak ada (tidak wujud) tindakan untuk kita (kerajaan Malaysia) memberi 40,000 kewarganegaraan pada orang Bangladesh," kata Najib.
Pada PRU-13, pakatan pembangkang mendakwa BN menggunakan 40,000 rakyat Bangladesh untuk mengundi parti gabungan berkenaan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan 2014 peringkat dasar di Dewan Rakyat menyelar dakwaan tersebut dan mendedahkan bahawa dalam tempoh 10 tahun yang lepas, hanya 12 orang Bangladesh yang telah mendapat kerakyatan dan menjadi warganegara Malaysia - Bernama
hairan kerana masih ada juga rakyat yang masih percaya dengan pemimpin-pemimpin pembangkang dan media-medianya yang ternyata telah berbohong besar dan memperbodoh-bodohkan seluruh rakyat Malaysia. Kesihan.
1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu?
-
Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan
mereka yang tiada "political wisdom".
Situasi negara masih tidak stabil keran...
Ini Cerita Kita
-
INI CERITA KITA
Inilah Jalur Gemilang
Jalurannya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia
Ringkasnya
14 jaluran menjadi tanda perpaduan seluruh negeri-n...
Helikopter Nuri TUDM Mendarat Cemas Di Kem Gubir
-
Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan
pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Sik, Kedah, petang tadi.
Dalam kejad...
TUN SAKARAN DANDAI MEMBUAT KEJUTAN DI SEMPORNA
-
I was very shocked with a new video clip that has emerged attributed to
YABhg. Tun Sakaran Dandai, former Sabah Chief Minister and minister in the
feder...