Thursday 19 December 2013

HOT!! RAHSIA LIM GUAN ENG TERBONGKAR!! MESTI BACA!!

TOKONG GUAN ENG LULUSKAN (HADIAHKAN) PROJEK RM6.9JUTA KEPADA KRONI!! UNTUNG LA!!



Pergerakan Pemuda Umno Negeri telah dimaklumkan melalui beberapa laman blog, bahawa berlaku ketidaktelusan di dalam pengagihan Projek Membina Tebatan Banjir di sekitar Jalan Kampung, Bukit Mertajam.

"Menurut Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang,Rafizal Rahim, beberapa dokumen sulit dan rasmi milik Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bertarikh 15 Mac 2013 dan 20 Jun 2013 turut dilampirkan bagi menyokong kenyatan didalam blog tersebut. 
Dakwanya lagi, di dalam dokumen tersebut, telah dinyatakan dengan jelas bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan telah mencadangkan dan bersetuju projek ini dijalankan secara rundingan terus dengan Syarikat S.P Mega Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM 6,913,896.60. 
Beliau menambah dalam masa yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, pada 18 Mac 2013, telah membuat kenyataan di dalam The Star Online bahawa projek ini telah dilaksanakan secara open tender atau tender terbuka dan telah diberikan kepada S.P Mega Sdn Bhd dengan nilai yang sama" Baca pendedahan 

Rakyat terutamanya penduduk Pulau Pinang sudah pasti terkejut dengan pendedahan portal Malaysia Today yang boleh menjatuhkan maruah Lim Guan Eng DAP dan C.A.T yang beliau sering war-warkan.



Malah, pendedahan dokumen-dokumen penting oleh Malaysia Today sudah tentu menguatkan lagi berita yang pasti memalukan Setiausaha Agung DAP itu.

Di antara laporan Malaysia Today :
Apa yang menariknya adalah, pada fasa awal rundingan mengenai projek berkenaan, Exco Kerajaan Negeri termasuk Lim Guan Eng sendiri telah melanggar prinsip CAT dengan mengadakan rundingan secara terus dengan satu syarikat lain tanpa melalui tender terbuka. seterusnya
Tetapi, pendedahan dokumen dan laporan Malaysia Today tentang wujudnyarundingan terus di dalam memberi kontrak oleh kerajaan DAP Pulau Pinang juga menimbulkan satu lagi persoalan besar yang perlu dijawab oleh Lim Guan Eng DAP.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Lim Guan Eng DAP yang mendakwa projek RM6.9 juta itu dianugerahkan menggunakan kaedah tender terbukaatau open tender !

Sila baca :


Chief Minister Lim Guan Eng, who witnessed the MoU signing, said the state government had approved an allocation of RM6.9mil through MPSP for the flood mitigation project, which included the construction of wider drains, a retention pond, four box culverts and a tidal gate in the area. 
“The project, which is awarded to contractor S.P. Mega Sdn Bhdthrough open tender, will be completed in a year’s time. more
So, Lim Guan Eng @ Setiausaha Agung DAP.... apakah anda berbohong dan cuba menipu rakyat Pulau Pinang?

Kita nantikan jawapan Setiausaha Agung DAP terhadap pendedahan portal Malaysia Today itu. Kita juga perlu adil, jawapan beliau juga sangat diperlukan untuk membersihkan nama syarikat-syarikat yang dikaitkan oleh Malaysia Today.



Dan jika beliau gagal memberi jawapan yang munasabah, MiM percaya ramai pihak yang tidak akan percaya lagi dengan integriti, transperensi dan akauntabiliti Lim Guan Eng DAP. 

Ketika itu, anak Lim Kit Siang itu tiada pilihan lain selain daripada meletakkan jawatan supaya parti DAP kurang menanggung malu yang amat sangat dan bertambah dibenci oleh rakyat.

Malah sekarang, ada yang menganggap Lim Guan Eng sebagai liabiliti yang menyusahkan parti DAP. Bukan sahaja disebabkan pergolakan dalaman parti dibeberapa negeri tetapi juga tindakan Guan Eng sebelum ini.

Di antara cebisannya ialah :

1. Tindakan beliau yang mempertikai kesahihan BN menjadi kerajaan persekutuan kerana undi popular yang diperolehi oleh BN. 

2. Tetapi apabila Lim Guan Eng tergolek jatuh ditolak ke tangga 5 oleh perwakilan dan mendapat undi popular yang berkurangan semasa pemilihan semula CEC DAP, Lim Guan Eng dengan tanpa malunya memegang jawatan tertinggi parti DAP. 

3. Guan Eng juga berlagak agak kasar apabila melabelkan seorang pemimpin wanita sebagai 'nenek rasis' Baca Sini


4. Anak Kit Siang itu dipertikaikan kerana tidak mendedahkan gaji beliau semasa DUN baru-baru ini. Takut? Klik Sini

5. Lim Guan Eng DAP juga di dakwa memburuk-burukkan negara Malaysia di Hong Kong ! Lihat video : Klik Sini

6. Guan Eng yang dilabelkan tokong oleh rakan politik beliau itu juga berjanji mahu selesaikan banjir di Pahang BACA SINI


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktops