Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Thursday, 19 December 2013

[ISU TOL] PR MAHU JADI HERO?? TAPI REALITI MASIH ADA NIAT LAIN!! KERAJAAN NEGERI PEMBANGKANG MAMPU HALANG KENAIKAN TOL?!!




Bukan niat kami untuk mempertahankan sesiapa. Malah keuntungan berbillion RM syarikat konsesi Tol pun sesen kami tidak pernah merasa. Kami cuma merasakan adalah sangat tidak adil orang ramai meletakkan punca kesalahan di atas bahu UMNO dan BN semata-mata.

Pertama sekali, sedarkah anda bahawa pakatan pembangkang kini menguasai secara 2/3 DUA negeri paling KAYA di Malaysia, iaitu Selangor dan Pulau Pinang?!! Mengapakah tiada siapa yang mempersoalkan apa yang mereka lakukan untuk memastikan kos hidup rakyat tidak terus terbeban?!! Ada MACAI yang bagi alasan, Kerajaan Pusat yang berkuasa penuh, Kerajaan Negeri ikut sahaja. Pada kami, ini barulah standard yang sepatutnya ditunjukkan sebagai MACAI. Tiada ilmu dan tidak mahu berfikir menggunakan otak!

Tahukah anda semua, hampir separuh daripada syarikat konsesi yang bercadang mahu menaikkan kadar Tol merupakan kroni dan 'GLC' Kerajaan Negeri pembangkang sendiri, terutamanya Selangor?!! Jadi, mengapakah Kerajaan Selangor tidak mahu membayar sahaja pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tersebut bagi mengelakkan kadar tol dinaikkan demi rakyat?!! Malah, bukankah mereka juga yang kuat berkempen mahu menghapuskan TOL sebelum PRU-13 yang lalu?!! Jadi, kenapa tidak beli sahaja konsesi-konsesi TOL tersebut, sepertimana yang mereka lakukan kepada Alam Flora, dan sediakan lebuhraya percuma di seluruh Selangor?!!

Bukankah mereka juga yang berkokok rizab dan hasil negeri mereka yang terbanyak di Malaysia kerana kononnya bebas rasuah?!! Bahkan mereka juga mampu menaikkan gaji dan elaun MB dan ahli EXCO mereka sehingga mencecah 300%?!! Kenapa tidak guna sahaja lebihan rizab dan hasil negeri yang bebas penyelewengan itu untuk rakyat Selangor yang telah memberikan mereka undi?!! Kata "Hasil Negeri untuk Rakyat" bukan?!!

Perkara ini tidak akan berlaku kerana Kerajaan Selangor yang ada kini bukanlah benar-benar berniat mahu membela rakyat. Mereka hanya menggunakan sentimen rakyat bagi mengekalkan kuasa dan terus mengaut hasil. Jika tidak, sudah tentu PKNS dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri bertungkus lumus menyediakan pelan bagi memastikan lebih ramai anak Selangor mampu memiliki rumah sendiri selain mengawal nilai hartanah di negeri tersebut. Tetapi kini, cuba senaraikan berapa banyak projek perumahan rakyat di bawah agensi pembangunan Kerajaan Negeri pembangkang. PKNS kini lebih dikenali dengan projek-projek perumahan MEWAH mereka.

Pulau Pinang tidak usah ceritalah, Singapore In The Making. Tetapi mengapa mereka tidak dipersoalkan, walhal mereka lebih mewah dan kononnya kaya dengan hasil negeri? Mengapa MACAI yang sama mendabik dada mengatakan Kerajaan Negeri Pembangkang lebih baik ekonominya, tetapi tidak menyatakan satu pun usaha konkrit untuk mengurangkan kos hidup rakyat? Semuanya kerana percaya dengan kenyataan dangkal bahawa "Kerajaan Pusatlah yang mengawal segalanya"...

Ini baru kami buka tentang TOL dan hartanah, belum lagi cerita tentang petrol dan harga kereta. Bukankah Anwar sendiri yang berjanji mahu menurunkan harga petrol?!! Kenapa tidak diturunkan di negeri-negeri pembangkang?!! Ada MACAI yang kata Kerajaan kawal harga petrol. Ini satu kenyataan BODOH dari manusia yang berfikiran singkat. Faktanya, Kerajaan hanya mengawal harga SILING di pam. Dan jikalau Kerajaan Negeri pembangkang mahu menurunkan harga petrol, tambah sahajalah SUBSIDI sedia ada daripada Kerajaan PUSAT!!! 

Macam mana Kerajaan pusat tidak dapat berbuat apa-apa apabila Kerajaan Selangor "tolong" membayarkan RM 11 bil air semua rakyatnya, maka perkara yang sama juga boleh dilakukan ke atas bil elektrik, petrol dan harga kereta! Sebagai contoh, apabila seorang rakyat Selangor mahu membeli kereta, mungkin beliau perlu menyediakan dokumen yang membuktikan beliau seorang rakyat Selangor, bagi mendapatkan diskaun khas yang akan ditanggung oleh Kerajaan negeri. Kenapa gaji dan elaun MB boleh dinaikkan, tetapi perkara-perkara seperti ini tidak mahu dilakukan?!!

Jangan hanya pandai mempersoalkan janji dan manifesto BN, walhal anda sendiri tidak mengundi BN dan kuat menyokong pembangkang. Bila berlaku kenaikan perkara-perkara asas kos hidup ini, persoalkanlah kembali janji parti yang anda sokong!!! Kami sendiri mempertikaikan secara bersemuka dengan para pemimpin BN tentang peranan mereka dalam memastikan rakyat tidak susah. 

Friday, 29 November 2013

KRONISME!! GAJI MB MENGALAHKAN PM!! MB SELANGOR LULUSKAN LEBIH 100% KENAIKAN??!?


Gaji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim naik lebih 100 peratus bermula 1 Januari depan, iaitu daripada RM14,175.15 kepada RM29,250.

Turut menikmati kenaikan mendadak ialah Speaker, iaitu daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750; Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada RM6,109.29 kepada RM20,250 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Usul kenaikan gaji itu yang dibawa Abdul Khalid di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, dipersetujui sebulat suara oleh semua ADUN ketika Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2013. Abdul Khalid berkata, usul itu dibawa untuk membolehkan peruntukan dipinda dan pembayaran gaji baru dapat dibuat mulai 1 Januari.

“Cadangan kenaikan itu dibuat berdasarkan beban tugas yang dipikul ahli dewan tanpa mengira waktu serta keberkesanan pembaharuan dilaksanakan menentukan badan eksekutif dan legislatif.

“Di atas keberkesanan melaksanakan tanggungjawab iaitu menunjukkan hasil dan pendapatan negeri meningkat, pertimbangan sewajar diambil atas permintaan Adun sekalian,” katanya.

Beliau ingatkan semua pihak yang terlibat supaya melaksanakan tugas dengan lebih berkesan selepas kenaikan yang melebihi 100 peratus itu.

“Gaji yang kita berikan ini munasabah untuk tugas-tugas dilakukan, terutamanya jika dapat ambil alih industri air Selangor; aset kita jaga melebihi RM20 bilion.

“Jadi jika rakan-rakan tanya kenapa tiada air, maka Adun kena jawab mengenai perkara tersebut bukan lagi salahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) atau sesiapa.

Jadi tanggungjawab itu besar dan pampasan diberi berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan gaji dilaksanakan berpandukan Sarawak, selain gaji yang diberikan kerajaan pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Mei lalu, Dun Sarawak meluluskan kenaikan gaji Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000.

Gaji menteri kanan dan Speaker Dun pula naik daripada RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; menteri muda dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; Adun RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian setengah bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan negeri itu yang bakal dibayar pada awal Januari hadapan.
Abdul Khalid berkata, hasil pendapatan negeri bagi 2013 mencecah RM1,899,018,572 iaitu 16 peratus lebih daripada anggaran hasil.

“Pemberian bonus ini melibatkan peruntukan bonus RM14.8 juta yang bakal dibayar kepada 15,643 kakitangan kerajaan negeri.

“Ini bermakna, bagi tahun 2013, kakitangan negeri mendapat satu setengah bulan bonus termasuk bonus hari raya satu bulan yang telah kita berikan pada hari raya tahun ini,” katanya sebelum menangguhkan persidangan. - SINAR

Saturday, 16 November 2013

PENDUDUK SELANGOR MERASA LA KENA KENCING OLEH PUAK PR!! HANCING BEB!!

APA PUNYA PERANGAI LA PUAK PR NI! KATA ORANG DIORANG PUN SAMA!! PHUIH!

Merasalah lah penduduk di Selangor sudah kencing hidup-hidup dengan EXCO PR.. Exco PR mengarahkan naik sewa flat PPR dari RM124 ke RM250..

Nampaknya isu merupakan modus operandi terancang oleh Kerajaan Selangor. Sebelum ini, rupa-rupanya PPR Kota Damansara ini sudah pun mempunyai banyak isu. Bergelumang dengan kerosakan dan membebankan rakyat. Untuk pengetahuan pembaca, PPR ini mempunyai ramai penduduk melayu dan kadar sewa telah dinaikkan dengan mendadak atas desakan oleh Exco Kerajaan Negeri (Boleh rujuk SINI)

Setelah diteliti, kadar sewa pernah diturunkan sebelum PRU-13 lepas (RujukSINI).Saya sangat yakin dan percaya ini adalah taktik semata-mata demi memancing undi kerana sewaktu itu kondisi kerajaan Selangor sangat ketandusan sokongan Melayu.


Saya pelik dan hairan kenapa MB Selangor hanya membiarkan sahaja Exco-Exco Selangor yang semuanya berbangsa cina menaikkan harga tanpa halangan. Patutkah MB Selangor yang berbangsa melayu ini melihat bangsanya sendiri ditindas? Ini adalah sangat tidak patut.

 INI LAH MUKA-MUKA EXCO YANG MENGARAHKAN KENAIKAN SEWA FLAT PPR.

Apakah kita semua perasan bahawa ini semua adalah strategi sama sewaktu DAP mahu menawan Pulau Pinang? Penindasan berterusan hingga melayu hilang tempat.

Apakah kita semua perasan bahawa lokasi PPR ini (Kota Damansara) adalah berpotensi besar menjadi Ibu Negara? 




Dulunya PUAK PR ni selalu mengatakan Kerajaan menindas penduduk.. Sekarang dapat ke tangan mereka.. Mereka pula menindas penduduk dengan cara ini!!




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktops