Showing posts with label selawat perdana. Show all posts
Showing posts with label selawat perdana. Show all posts

Sunday, 9 March 2014

#SelawatPerdana: Hanya Tinggal Lagi 12 Hari Sahaja Lagi!! #PrayForMH370


Tinggal lagi 12 hari saja lagi untuk umat Islam bersama-sama berqasidah dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sempena program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435H.Program selawat perdana yang berkonsepkan penyatuan ummah bagi mengukuhkan ukhwah persaudaraan sesama umat Islam merupakan anjuran Gerakan Anak Muda Dakwah sebuah badan bebas terdiri dari anak-anak muda tempatan.

Walaupun tiada promosi besaran di televisyen, program selawat perdana meraih sokongan pelbagai pihak di mana laman Facebook rasmi telah berjaya mengumpulkan lebih 106,000 likes dalam tempoh dua minggu. Marilah kita bersama-sama gemakan seluruh Putrajaya dengan bacaan qasidah dan selawat pada 21 Mac 2014 jam 8.00 malam bertempat di Dataran Masjid Putrajaya, Presint 1.

Ikuti perkembagan terbaru, di laman Facebook - SELAWAT PERDANA

INGATAN IKHLAS DARI Taiping Walker

Wednesday, 26 February 2014

#SelawatPerdana: Bacaan Qasidah Serta Selawat Kepada Allah & Rasul Bakal Gemakan #Putrajaya



Sebelum ini Putrajaya pernah digemakan dengan bacaan selawat dan qasidah ketika Program Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival 2013 yang berlangsung pada 7 November 2013.

Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal.

Saya menyambut baik program seperti ini diperbanyakkan kerana ia melahirkan rasa cinta kepada Islam di jiwa anak muda. Selain itu program ini juga dilihat mampu melahirkan kesedaran di dalam diri kita umat Islam untuk mencontohi sikap serta kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

Justeru, pada 21 Mac 2014 akan datang, marilah kita bersatu dengan menghayati bacaan qasidah dan selawat bersama dua pendakwah terkenal kelahiran Indonesia bagi mengeratkan kembali perpaduan dan persaudaraan kita sesama umat Islam yang semakin berpecah akibat perbezaan ideologi politik. - Sumber


Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :

Instagram : @SelawatPerdana 

Untuk yang terlupa, berikut rakaman sekitar program Malam Cinta Rasul bertempat di Stadium Badminton Cheras bersama Habib Syech Qader dan Habib Ali Zaenal, saksikan video dibawah:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktops