Showing posts with label konsertdestini. Show all posts
Showing posts with label konsertdestini. Show all posts

Saturday, 21 December 2013

#KonsertDestini:PENONTON PUAS DIHARI PERTAMA KONSERT, TAHNIAH @YDABDihatiku!!


Konsert Destini anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama UiTM Shah Alam yang menampilkan barisan artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Jaclyn Victor, Hafiz, Awie, Amy dan Adira mengamatkan suasana Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) dengan kehadiran ribuan penonton yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM serta badan-badan korporat.

Awie ketika mendendangkan lagu Sejati & Terima Kasih Sayang

Konsert amal yang berlangsung selama dua hari iaitu 20 dan 21 Disember ini bertujuan mengumpul dana Tabung Pendidikan Destini Anak Bangsa iaitu sebuah tabung amanah bagi membantu anak-anak lepasan SPM dari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian Pra Diploma di UiTM melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). -MyMahasiswa

SUMBER: BLOG YDAB

NANTIKAN HARI KE-2 MALAM INI!!!





Thursday, 28 November 2013

#KonsertDestini: Dato' @mynameisrossa Buatkan Tetamu 'Gila' Di Promo @KonsertDestini!! @aizuddin_MAG


Semalam, "Promo Konsert Destini" telah berakhir dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Apa yang menariknya ialah, promo ini diiringi oleh Diva Indonesia, Dato' Rossa dan saya difahamkan dia sanggup membatalkan programnya yang lain kerana mahu datang ke Malaysia untuk sama-sama turun padang bagi menjayakan konsert amal (Konsert Destini) ini. 


Gambar-gambar menarik dibawah. Dipetik dari laman Blog YDAB:

Majlis Ramah Mesra "YDAB Love Rossa"


Seperti yang diketahui umum, majlis ini telah diadakan di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam bermula jam 5 petang tadi. Sangat tak disangka, bahawa sambutan yang diterima pihak penganjur diluar jangkaan. Dataran dibanjiri dengan kelibat tetamu yang secara majoritinya daripada warga UiTM Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Kepada yang tidak berkesempatan, anda masih berpeluaang untuk mendapatkan tiket Konsert Destini yang bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember depan dengan menghubungi 0196704734. Majlis ini ialah bertujuan untuk membuat hebahan dan promosi Konsert Destini disamping bagi mencetuskan momentum aura konsert tersebut.

GAMBAR:





CEO YDAB, Dato' Ahmad Aizuddin Keudara Di Rancangan "Meletop Astro Ria" Bersama Rossa, Neelofa dan Nabil.


Sejurus selepas selesai Majlis Ramah Mesra "YDAB Love Rossa", promosi diteruskan lagi secara intensif dalam rancangan Meletop Astro Ria pada sebelah malam pula. Terima kasih yg tak terhingga buat Dato' Rossa dan Team Pecinta Rossa, tidak lupa juga buat Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) YDAB, Dato' Ahmad Aizuddin Ghazali yang tak kenal erti penat dalam menjayakan Konsert Destini ini.

GAMBAR:



Pertemuan Ramah Mesra Antara Naib Canselor UiTM, CEO YDAB dan Presiden GDAB Bersama Dato' Rossa.


Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sempat meluangkan sedikit masa untuk berbual mesra bersama Rossa dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif YDAB Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali serta Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) yang berlangsung di Pejabat Tan Sri VC. 

GAMBAR:



UNTUK LEBIH FOTO MENARIK DI FB PAGE KONSERT DESTINI 2013 DAN INSTAGRAM @ydabdihatiku

Thursday, 21 November 2013

#KonsertDestini: TAK RUGI PUN BELI TIKET! SEBAB DAPAT PAHALA BANTU STUDENT MISKIN! @YDABDihatiku

Untuk membuat tempahan tiket boleh hubungi: 019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186
Dipetik dari laman berita mStar Online:


Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2 juta pada Konsert Destini yang bakal diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada 20 dan 21 Disember depan.

Dato Aizuddin sedang memberi penerangan kepada pemohon sewaktu penjelajahan kali pertama, Jelajah Destini Anak Bangsa 2012 (JDAB 2012) di Bagan Datoh, Perak.
Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, dana tersebut akan digunakan bagi membantu meringankan beban penuntut universiti itu daripada kalangan keluarga miskin.

"Selain penuntut UiTM dana itu juga akan disalurkan ke Tabung Pendidik Anak Bangsa YDAB bagi membantu pelajar berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di universiti tersebut," katanya kepada mStar Online.

Datuk Siti Nurhaliza (dua dari kanan) dan Amy Search (kiri) bersama individu yang terlibat dalam Konsert Destini. 
Mohd Aizuddin ditemui semasa sidang media konsert berkenaan yang diadakan di Hotel Blue Wave di sini pada Rabu.

Seramai sembilan orang artis terkenal akan membuat persembahan pada konsert berkenaan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy (Search), Rossa, Pansha (Ungu), Awie, Adira, Hafiz, Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah.

Program berkenaan adalah di bawah naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Rossa

Dalam pada itu, Mohd Aizuddin berkata, setakat ini tiket berharga RM1,000 sudah habis terjual dan perkembangan itu cukup memberangsangkan.

Malah katanya lagi, secara keseluruhan sebanyak 2,000 keping tiket telah terjual setakat ini.

"Dewan tersebut mampu memuatkan 3,750 penonton pada satu-satu masa dan sambutan hangat daripada penonton membuatkan kami mengambil keputusan untuk mengadakan persembahan itu selama dua hari," jelasnya.

Tambahnya lagi, setiap artis akan menyampaikan dua buah lagu manakala Siti Nurhaliza dan Amy akan mendendangkan tiga buah lagu.

Persembahan kesemua penyanyi pada malam itu nanti akan dipimpin oleh pengarah pemuzik, Edrie Hashim.

Sementara itu, Mohd Aizuddin berkata, pihaknya berbesar hati dengan sokongan nama-nama besar dalam industri muzik bagi menjayakan persembahan itu.

Malah katanya, rata-rata artis tidak mengambil masa panjang untuk bersetuju apabila mengetahui tujuan konsert itu diadakan adalah bagi membantu mereka yang memerlukan.

"Seperti hari ini (Rabu) Rossa tidak dapat hadir tetap dia akan datang ke Shah Alam minggu hadapan untuk melawat UiTM bersama-sama anak-anak yatim. Komitmen semua artis amat kami hargai," jelasnya.

Selain berharga RM1,000 turut dijual tiket berharga RM30, RM80, RM200, RM300 dan RM500.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi 019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186.- BLOG YDAB

Tuesday, 19 November 2013

Kenali #KonsertDestini, Satu Lagi Program Anjuran #YDAB!! Tempah Tiket Sekarang!! @aizuddin_MAG artis jemputan @mynameisrossa

AYUH BERSAMA-SAMA JAYAKAN KONSERT DESTINI ANJURAN YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA DENGAN KERJASAMA UITM DAN FAKULTI FILEM,TEATER & ANIMAS PADA 20 & 21 DISEMBER 2013 INI!!!


Butiran konsert adalah seperti berikut:
TARIKH: 20 dan 21 Disember 2013MASA: Bermula jam 8 malamTEMPAT: Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

ARTIS JEMPUTAN

Rossa juga turut hadir untuk menghiburkan anda

Konsert ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi popular tanah air dan antarabangsa seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Rossa, Pasha Ungu, Dayang Nurfaizah, Hafiz, Adira, Jaclyn Victor dan Awie.

TIKET DAN TEMPAT DUDUK

  • Harga tiket yang ditetapkan adalah bermula dari RM30 (Level 2), RM80 (Level 1), RM200 (Ground Floor 1), RM300 (Ground Floor 2), RM500 (Ground Floor 3) & RM1,000 (VIP)
  • Tempat duduk adalah BEBAS.
HAMPARAN LAKARAN LOKASI TEMPAT DUDUK DIDALAM DEWAN AGUNG CANSELORI, UiTM SHAH ALAM SEWAKTU KONSERT BERLANGSUNG

PROSES PEMBAYARAN

PERINGATAN: Pembayaran tiket boleh dibuat sebelum 15 November 2013. Sekiranya tiada pembayara dibuat selepas tarikh tersebut, tempahan yang dibuat terbatal secara automatik.


NO. AKAUN BANK CIMB YDAB: 1277-0001-679103

1. Melalui CIMB CLICKS atau melalui Cash Deposit Machine (CDM) ke akaun bank CIMB YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA.

2. Emailkan resit transaksi ke alamat emel berikut: konsertdestini2013@gmail.com
 
   ATAU  



   3) WhatsApps no. transaksi/ no. resit ke TEL: 019-6704734

LOKASI UNTUK MENGAMBIL TIKET

Tiket-tiket yang telah ditempah boleh diambil di lokasi dibawah bermula hari konsert berlangsung (20 November 2013):

1) Canseleri UiTM, Shah Alam (kaunter mula dibuka pada 13 Nov 2013, 9 pg - 5 ptg)

2) Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA) UiTM, Kampus Puncak Perdana.
Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam.


3) Pejabat YDAB beralamat dibawah:

7-3 Setia Avenue,Jalan Setia Prima (S) U13/S,40170, Shah Alam. (Tel. : 03-3343 5080)



LAMAN SOSIAL


Follow Twitter @YDABDiHatiku dan @Jelajah_UiTM untuk info atau maklumat terkini.  Manakala hashtags yang digunakan sebagai bahan rujukan anda ialah #LiveUpdate #KonsertDestini untuk mengetahui tentang promo, perkembangan mahupun apa-apa perubahan terkini konsert ini.

FOLLOW TWITTER & INSTAGRAM RASMI CEO YDAB - @aizuddin_MAG
Sebarang kemusykilan, boleh terus hubungi no. telefon dibawah atau layari laman sesawang yang diberi:

TEL: 019-6704734 / 03-79622186 / 03-33435080


Facebook:https://www.facebook.com/konsertdestini

Instagram :https://www.instagram.com/konsertdestini 

Twitter :https://www.twitter.com/konsertdestini





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktops