Showing posts with label #KonsertDestini. Show all posts
Showing posts with label #KonsertDestini. Show all posts

Saturday, 21 December 2013

#KonsertDestini:PENONTON PUAS DIHARI PERTAMA KONSERT, TAHNIAH @YDABDihatiku!!


Konsert Destini anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama UiTM Shah Alam yang menampilkan barisan artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Jaclyn Victor, Hafiz, Awie, Amy dan Adira mengamatkan suasana Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) dengan kehadiran ribuan penonton yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM serta badan-badan korporat.

Awie ketika mendendangkan lagu Sejati & Terima Kasih Sayang

Konsert amal yang berlangsung selama dua hari iaitu 20 dan 21 Disember ini bertujuan mengumpul dana Tabung Pendidikan Destini Anak Bangsa iaitu sebuah tabung amanah bagi membantu anak-anak lepasan SPM dari golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian Pra Diploma di UiTM melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). -MyMahasiswa

SUMBER: BLOG YDAB

NANTIKAN HARI KE-2 MALAM INI!!!





Thursday, 28 November 2013

#KonsertDestini: Dato' @mynameisrossa Buatkan Tetamu 'Gila' Di Promo @KonsertDestini!! @aizuddin_MAG


Semalam, "Promo Konsert Destini" telah berakhir dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Apa yang menariknya ialah, promo ini diiringi oleh Diva Indonesia, Dato' Rossa dan saya difahamkan dia sanggup membatalkan programnya yang lain kerana mahu datang ke Malaysia untuk sama-sama turun padang bagi menjayakan konsert amal (Konsert Destini) ini. 


Gambar-gambar menarik dibawah. Dipetik dari laman Blog YDAB:

Majlis Ramah Mesra "YDAB Love Rossa"


Seperti yang diketahui umum, majlis ini telah diadakan di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam bermula jam 5 petang tadi. Sangat tak disangka, bahawa sambutan yang diterima pihak penganjur diluar jangkaan. Dataran dibanjiri dengan kelibat tetamu yang secara majoritinya daripada warga UiTM Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Kepada yang tidak berkesempatan, anda masih berpeluaang untuk mendapatkan tiket Konsert Destini yang bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember depan dengan menghubungi 0196704734. Majlis ini ialah bertujuan untuk membuat hebahan dan promosi Konsert Destini disamping bagi mencetuskan momentum aura konsert tersebut.

GAMBAR:





CEO YDAB, Dato' Ahmad Aizuddin Keudara Di Rancangan "Meletop Astro Ria" Bersama Rossa, Neelofa dan Nabil.


Sejurus selepas selesai Majlis Ramah Mesra "YDAB Love Rossa", promosi diteruskan lagi secara intensif dalam rancangan Meletop Astro Ria pada sebelah malam pula. Terima kasih yg tak terhingga buat Dato' Rossa dan Team Pecinta Rossa, tidak lupa juga buat Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) YDAB, Dato' Ahmad Aizuddin Ghazali yang tak kenal erti penat dalam menjayakan Konsert Destini ini.

GAMBAR:



Pertemuan Ramah Mesra Antara Naib Canselor UiTM, CEO YDAB dan Presiden GDAB Bersama Dato' Rossa.


Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sempat meluangkan sedikit masa untuk berbual mesra bersama Rossa dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif YDAB Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali serta Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) yang berlangsung di Pejabat Tan Sri VC. 

GAMBAR:



UNTUK LEBIH FOTO MENARIK DI FB PAGE KONSERT DESTINI 2013 DAN INSTAGRAM @ydabdihatiku

Wednesday, 27 November 2013

#KonsertDestini: HOT!! DATO' @mynameisrossa SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM!! TAHNIAH @YDABDihatiku!!



Difahamkan, semasa kedatangan Dato Rossa sempena Promo Konsert Destini di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam hari ini adalah bukannya hanya bermotifkan hiburan semata-mata.

Dia telah menyumbangkan sumbangan kepada anak-anak Rumah Amal Nur Muhammad semasa majlis berkenaan. Satu pujian melangit yang saya berikan atas usaha murni Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) kerana berjaya mencetuskan persepsi positif kepada imej industri seni dan universiti di Malaysia. 

SUMBER INSTAGRAM



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktops