Thursday 23 January 2014

Zoolishsan (KP Bera) Heret Nama Kesultanan Pahang Untuk 'Mileage' Politik?


Semalam kecoh dimedia baru bahawa 11 Ketua Pemuda Bahagian UMNO Pahang menjatuhkan maruah UMNO, hari ini kecoh pula mereka ialah 'IKON'. Pada pendapat peribadi saya, mereka telah lakukan tidakan yang bodoh dan tidak matang. Baca dibawah:
Kemelut yang melanda kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Pahang kini semakin hangat diperkatakan susulan sidang media tergempar yang diadakan oleh sebelah daripada empat belas Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Hotel Istana, Kuala Lumpur kelmarin. Ramai pihak yang mengutuk tindakan tersebut yang seolah-olah kononnya "kumpulan sebelas" terbabit cuba membelakangkan parti dengan menolak keputusan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin sendiri berhubung perlantikan Ketua Pemuda UMNO Pekan, Shahruddin Ahmad sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang yang baru. Menariknya, di sini ialah nampak jelas tindakan ini ada kewajarannya kerana kumpulan terbabit disokong oleh sebelah orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian sedangkan perlantikan Shahruddin oleh Khairy hanya disokong oleh tiga Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja. Maknanya disini lebih dari 1/3 membantah perlantikan itu. Maka sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy seharusnya berfikiran rasional untuk menangani isu ini. Khairy harus berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan kumpulan terbabit demi perpaduan sayap kanan parti itu di Pahang. Jika tidak sudah pasti ia akan mengeruhkan lagi keadaan dan menghilangkan sokongan anak muda terhadap UMNO pada pilihanraya umum akan datang pastinya. Apa yang menarik dalam insiden ini ialah terdapat satu kenyataan terbuka yang dibuat oleh orang yang paling ramat dengan Pemuda UMNO Negeri Pahang tentang hal ini. Kenyataan tersebut kini banyak disebarkan di laman-laman sembang sosial terutamanya facebook, telegram, twitter dan sebagainya. Beliau yang hanya mahu dikenali sebaga CK secara langsung memberi pandangan yang jelas daripada salah seorang wakil daripada kumpulan tersebut tentang isu ini. Seterusnya di Pahang Daily
Masalahnya disini ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bera, Mohd. Zoolihsan Ahmad mengaitkan kreadibiliti Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan kerana 'membalun' Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah. Adakah kerana KJ membalun 'kerabat diraja Pahang' tersebut dapat menjejaskan politik anak muda disana? Perlukah Pergerakan Pemuda bercakaran sesama sendiri? Dan perlukah tunjukkan kebodohan dalaman parti dengan membuat sidang media dan sebagainya? Kenapa tidak buat demonstrasi jalanan sahaja? Tidakkah ianya jalan yang lebih mudah? Hehehe

Jika masih lagi begini, adakah masalah kalian akan selesai?
Nota: 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pahang ini telah melanggar Perkara 7 dalam undang-undang tubuh UMNO iaitu mana-mana ahli dilarang samada secara langsung atau tidak langsung membuat pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara cara sekalipun atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa dasar atau keputusan parti.
Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi biarlah berakal jika mahu buat apa-apa tindakan. Ada blog yang keluarkan cerita sebenar:
Kasihan CK tengok pelbagai tohmahan yg dilemparkan kepada 11 Ketua Pemuda Bahagian Pahang ni gara2 sidang media yg mereka lakukan.
CK bukan lah nak memihak kepada mana2, tapi bagi CK, agak tidak adil jika kita terus menghukum mereka tanpa mendapat penjelasan dari mereka dan tanpa mereka membela diri mereka. Mesti ada sebab tertentu sehingga mereka terpaksa menggunakan saluran media setelah memorandum yang mereka hantar tidak mendapat respon dan maklumbalas daripada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr YB Khairy Jamaludin.
Mengikut sumber daripada salah seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian dikalangan 11 org tersebut, mengikut begitu rasional dan cukup hemah dalam menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini tanpa melibatkan sebarang emosi.
Mereka cuba berbincang dan pelbagai usaha telah dilakukan agar 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian ini dapat berjumpa dgn KJ demi menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini. Tapi sayangnya, pintu utk berjumpa telah ditutup dan pelbagai halangan oleh pihak pihak yg berkepentingan cuba menggagalkan usaha perbincangan tersebut.
Susah sangatkah nak berjumpa 11 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian ni? Kenapa perlu ada protokol dan birokrasi sedangkan KJ sendiri berkata org muda tak suka protokol dan birokrasi. Adakah semua ini Retorik semata-mata. Cakap tak serupa bikin. Masa nak undi cari kami, bila dah menang begini jadinya.
Alhamdulillah setelah sedaya upaya berusaha. Pintu utk berjumpa akhirnya. dibuka. Itupun bersyarat. Tak mahu jumpa 11 org Ketua Pemuda, hanya hantar wakil seorang sahaja.
Maka, 11 Ketua Pemuda Pahang menghantar seorang wakil utk berjumpa KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kegembiraan dapat berjumpa KJ utk menyatakan hasrat dan pandangan ini begitu bermakna bagi mereka, tapi alangkah terkejutnya. Rasa terhina dan rasa begitu diperlekehkan, apabila KJ bercakap dgn wakil mereka dengan cara dan sikap endah tak endah sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi. Beginikah sikap seorang Menteri Muda yang boleh dibanggakan? Sombong, angkuh dan bongkak. Sebelum menjadi Menteri dan tak ada apa2 jawatan, begitu baik dan amat menghormati dan kagum dgnnya sbg Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bila dah ada kuasa dan dah menjadi Menteri angkuh dan sombong pula jadinya. Perangai KJ ini sama sahaja masa Zaman Pak Lah menjadi PM. Begini lah sikapnya. Ingat ke dah berubah, ternyata lakonan semata-mata.
Berbalik pada cerita tadi. Selepas KJ acuh tak acuh sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi, wakil Ketua Pemuda Bahagian tersebut cukup rasa terhina dan diperlekehkan tanpa menunggu masa yg panjang terus menyerahkan Memorandum Bantahan Perlantikan KP Negeri dan terus bersalam dan beredar dgn hati yg cukup terasa.
14 hari telah berlalu. Tiada satu pun respon dan penjelasan daripada pihak KJ. Kalau KJ anggap perkara ini serius pasti akan panggil semua 11 Ketua Pemuda Pahang ataupun memberikan maklum balas segera. Sayangnya perkara tersebut tak berlaku dan mungkin KJ hanya memandang perkara ini remeh dan acuh tak acuh sahaja.
Maka 11 Ketua Pemuda Pahang ini berbincang sesama mereka dan akhirnya mereka mendapat kesepakatan utk membuat Sidang Media sebagai jalan penyelesaian utk membuka mata pihak berkenaan.

Akhirnya apabila Sidang Media mereka lakukan setelah jalan rundingan ditutup rapat, akhirnya mereka pula dituduh sebagai perosak parti sedangkan dalam diri mereka tebal dengan kecintaan yg begitu mendalam dah roh perjuangan yg begitu tinggi pada parti UMNO dalam membela nasib dan kepentingan agama, bangsa dan tanahair.
Begitulah cerita yg CK boleh korek drp sumber salah seorang wakil drp 11 Ketua Pemuda Pahang tersebut.
Bagi pendapat CK yg begitu rasional. Sebenarnya Perlantikan Jawatan Ketua Pemuda Negeri Pahang bukanlah isu utama sebenarnya, tetapi Isu yg paling utama adalah cara penyelesaian masalah tersebut diurus dengan sikap angkuh dan sombong tanpa diberi ruang pandangan dan penjelasan. Beginikah sikap seorang Pemimpin Muda yg boleh dibanggakan.
Belajarlah menerima dan menghormati pandangan orang lain walaupun pandangan tersebut bernilai 20 sen sahaja.
Sekian. Terima Kasih…
CHERATING KINI
Ingatlah, nama yang dibawa UMNO ialah penyatuan kaum melayu. Sudah-sudahlahbercakaran sesama kita. bersatulah demi masa depan kita sendiri. Mohon selesaikan cara elok dan matang.


Wednesday 1 January 2014

#Mahaguling #MahaBaring: PRODUK TERBAIK OLEH HIMPUNAN #GulingKerajaan!!! #TURUN

Cukup untuk melabelkan betapa jijiknya himpunan ini sama seperti namanya. Namun begitu, tidakkah semua orang sedar bahawa ini adalah perkara yang boleh membawa malapetaka kepada semua penduduk di Malaysia? 

 Kita WAJIB untuk fahami asas jatuh bangun sesebuah kerajaan.. 

JIKA DITAKDIRKAN KERAJAAN SEDIA ADA 'TERGULING'!! MAKA EKONOMI, KEMAJUAN DAN IMEJ MALAYSIA JUGA AKAN TERGULING!! BILA MASA PEMBANGKANG MAHU STABILKAN?

Jangan hanya tahu bersorak mohon kerajaan sedia ada jatuh tanpa fikirkan kesan akan datang. Ingat, banyak lagi ganerasi yang mahu tinggal dan mahu berjaya. Dilihat, golongan 'mahasiswa cacat' (PRO-MAHASISWA) yang paling ramai. seperti biasa, adat baring atas jalan akan diadakan sebagai atucara wajib mereka:

BARING ATAS JALAN -   atucara wajib oleh 'MAHASISWA CACAT' semasa di Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka, 31/12/2013 (malam tahun baru), semalam.
Antara sumber yang didapati daripada laman FB page rakan seperjuangan yang turut berada di Dataran Merdeka (LOKASI ALIEN-ALIEN BERHIMPUN), mendapati bahawa:

HIMPUNAN GULING KERAJAAN: PENGUMUMAN PENTING

Jam 9 pagi ini upacara angkat sumpah Dato Sri Anwar Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat sebagai President Dataran Merdeka akan berlangsung di hadapan pentas utama Dataran Merdeka. Upacara yang berlangsung ini dijangka akan dihadiri pemimpin pemimpin kanan Pakatan Rakyat daripada parti DAP Lim Guan Eng, Lim Kit Siang. Parti PAS pula menghantar wakilnya Haji Hussam Musa dan Mahfuz Omar manakala PKR dihadiri oleh semua kepimpinan tertiinggi PKR.

Upacara mengangkat sumpah Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai President Dataran Merdeka akan disempurnakan oleh Sultan Jamalul Kiram Suluk yang diterbangkan terus dari kepulauan Filipina.

Kejayaan malam tahun baru oleh peserta demonstrasi "Guling Kerajaan" telah memastikan Dataran Merdeka ditawan dan menjadikan Dataran Merdeka sebagai wilayah bebas dan menjadi milik Anwar Ibrahim selaku ketua umum Pakatan Rakyat. Difahamkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan membina sebuah White House bagi rumah kediaman President dan juga bangunan pencakar langgit melebihi ketinggian KLCC sebagai pusat pentadbiran Dataran Merdeka.

Untuk rekod Dato Sri Anwar Ibrahim merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah dipecat pada hujung tahun 1999 diatas kesalahan salahguna kuasa, Rasuah dan jugak seks luar tabii.



ANTARA GAMBAR-GAMBAR SEMASA HIMPUNAN:



BIADAP!!!!!!!!!

PESERTA perhimpunan haram merempuh masuk penghadang yang dibuat pasukan keselamatan


KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta.

Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan.
Peserta perhimpunan sebelum itu bertindak membaling botol minuman ke arah penyanyi yang sedang membuat persembahan sambil melaungkan slogan reformasi.

Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram


PETIKAN BLOG SAHABAT:-

Walaupun dinafikan oleh pimpinan mereka perhimpunan ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, namun terkantoi juga bila ada pemimpin mahasewel pro-pakatan yang terlanjur melaungkan amaran untuk menggulingkan kerajaan.

SELANJUTNYA [Klik!]

UNTUK KRONOLOGI PENUH PERHIMPUNAN [SINI]


Untuk UPDATE terkini follow hashtags#GulingKerajaan di Twitter/Facebook.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktops