Friday 29 November 2013

KHAIRY JAMALUDDIN (KJ) TERKEJUT MB TERENGGANU TARIK TAJAAN RM2JUTA!!!



Isu LTdL 2014

Saya terkejut dengan pengumuman Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said, untuk menarik tajaan RM2 juta bagi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 serta menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi sebarang peringkat pada perlumbaan itu.

Saya difahamkan pengumuman tersebut dibuat berdasarkan andaian beliau bahawa acara perlumbaan basikal jalan raya pada Sukan SEA 2017 akan diadakan di Johor dan kejohanan pelayaran Piala Monsoon juga akan dipindah dari Pulau Duyong bermula tahun depan.

Saya ingin menerangkan bahawa Jemaah Menteri serta Kementerian Belia dan Sukan setakat ini belum menetapkan sebarang keputusan mengenai lokasi atau 'venue' acara-acara untuk Sukan SEA 2017. Walaupun Jemaah Menteri sudah memutuskan bagi Malaysia untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk temasya tersebut pada tahun 2017, Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) akan hanya membuat keputusan rasmi pada 10 Disember. Sebarang kenyataan mengenai lokasi atau 'venue' bagi acara-acara adalah hanya cadangan buat masa ini.

Kerajaan juga belum membuat sebarang keputusan tentang Piala Monsun akan datang. Walaupun perjanjian antara KBS dan bekas penganjur T-Best Events Sdn Bhd untuk mengadakan kejohanan ini di Terengganu sudah tamat pada tahun 2012, masih belum ada apa-apa keputusan muktamad tentang lokasi kejohanan itu untuk tahun depan dan seterusnya.

Saya telahpun menjelaskan mengenai perkara ini kepada Ahli Exco Sukan Terengganu, YB Rozi Mamat, yang juga pernah menjadi rakan seperjuangan saya dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dan ingin menasihatkan semua pihak agar tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan berdasarkan andaian yang tidak tepat.

Saya amat berharap bahawa YAB Menteri Besar Terengganu akan mengkaji semula keputusan beliau semalam tentang LTdL. Walaupun terdapat salah faham mengenai dua perkara yang saya telah jelaskan di sini, sukan basikal tidak seharusnya dijadikan mangsa terutamanya dalam acara antarabangsa sebegini. Memang tepat pun, kenyataan MB bahawa kebanyakan pelumba basikal terunggul berasal dari negeri Terengganu dan saya rasa mereka amat mengharapkan penglibatan Terengganu dalam LTdL.

Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan
28 November 2013

KRONISME!! GAJI MB MENGALAHKAN PM!! MB SELANGOR LULUSKAN LEBIH 100% KENAIKAN??!?


Gaji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim naik lebih 100 peratus bermula 1 Januari depan, iaitu daripada RM14,175.15 kepada RM29,250.

Turut menikmati kenaikan mendadak ialah Speaker, iaitu daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750; Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada RM6,109.29 kepada RM20,250 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Usul kenaikan gaji itu yang dibawa Abdul Khalid di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, dipersetujui sebulat suara oleh semua ADUN ketika Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2013. Abdul Khalid berkata, usul itu dibawa untuk membolehkan peruntukan dipinda dan pembayaran gaji baru dapat dibuat mulai 1 Januari.

“Cadangan kenaikan itu dibuat berdasarkan beban tugas yang dipikul ahli dewan tanpa mengira waktu serta keberkesanan pembaharuan dilaksanakan menentukan badan eksekutif dan legislatif.

“Di atas keberkesanan melaksanakan tanggungjawab iaitu menunjukkan hasil dan pendapatan negeri meningkat, pertimbangan sewajar diambil atas permintaan Adun sekalian,” katanya.

Beliau ingatkan semua pihak yang terlibat supaya melaksanakan tugas dengan lebih berkesan selepas kenaikan yang melebihi 100 peratus itu.

“Gaji yang kita berikan ini munasabah untuk tugas-tugas dilakukan, terutamanya jika dapat ambil alih industri air Selangor; aset kita jaga melebihi RM20 bilion.

“Jadi jika rakan-rakan tanya kenapa tiada air, maka Adun kena jawab mengenai perkara tersebut bukan lagi salahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) atau sesiapa.

Jadi tanggungjawab itu besar dan pampasan diberi berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan gaji dilaksanakan berpandukan Sarawak, selain gaji yang diberikan kerajaan pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Mei lalu, Dun Sarawak meluluskan kenaikan gaji Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000.

Gaji menteri kanan dan Speaker Dun pula naik daripada RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; menteri muda dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; Adun RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian setengah bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan negeri itu yang bakal dibayar pada awal Januari hadapan.
Abdul Khalid berkata, hasil pendapatan negeri bagi 2013 mencecah RM1,899,018,572 iaitu 16 peratus lebih daripada anggaran hasil.

“Pemberian bonus ini melibatkan peruntukan bonus RM14.8 juta yang bakal dibayar kepada 15,643 kakitangan kerajaan negeri.

“Ini bermakna, bagi tahun 2013, kakitangan negeri mendapat satu setengah bulan bonus termasuk bonus hari raya satu bulan yang telah kita berikan pada hari raya tahun ini,” katanya sebelum menangguhkan persidangan. - SINAR

Thursday 28 November 2013

NGERII!! MATI KETIKA BERZINA DI KAWASAN TERLARANG!!


Mati melekat kedua-dua badan selepas melakukan zina di kawasan kubur wali keramat


Mati melekat kedua-dua badan selepas melakukan zina di kawasan kubur wali keramat | Karawang Raka, Indonesia - Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim. Berdasarkan berita yang beredar di tengah-tengah masyarakat di sana, dua pasangan itu ialah bukan pasangan suami isteri yang sah, melainkan dua orang yang curang.
Keduanya, dikhabarkan sama-sama sudah berkeluarga. Dari gambar yang tersebar dari telefon ke telefon, nampak dua jasad tengah berpelukan. Di gambar itu kelihatan, badan orang yang berada di atasnya telungkup dan bahagian buntutnya ditutupi kain sarung. Sementara tangan wanita yang berada di bawahnya dalam kedudukan memeluk bahu lelaki itu.
Kedua-dua jasad tersebut berada dalam beg jenazah berwarna kuning. Nampak juga dua orang berpakaian seragam serupa polis, sepertinya tengah menunjukkan mayat dua orang yang sedang berzina ini.
Nampaknya, kedua-dua jasad itu berada di sebuah bilik mayat. Kerana jika dilihat dari lantainya, biasanya digunakan di bilik mayat. Salah seorang warga Karawang, Wahyudi berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, dua pasangan berbeza jantina itu berzina di kawasan makam keramat yang berada di belakang Cengsin, Klari, Indonesia.
Namun setelah hubungan intim mereka selesai, badan kedua-duanya tak boleh lepas. Katanya yang lelaki sempat menelefon temannya yang pegawai keselamatan, kerana badannya tidak boleh lepas. Sampai akhirnya dibawa ke tiga rumah sakit, tapi tak ada yang dapat melepaskan kedua-duanya “ujarnya.
Berdasarkan maklumat yang diterimanya pula, kedua-dua pasangan curang itu meninggal di hospital. “Pada mulanya saya tidak percaya berita ada orang mati berpelukan, tapi setelah melihat gambar ini saya baru percaya,” katanya

#KonsertDestini: Dato' @mynameisrossa Buatkan Tetamu 'Gila' Di Promo @KonsertDestini!! @aizuddin_MAG


Semalam, "Promo Konsert Destini" telah berakhir dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Apa yang menariknya ialah, promo ini diiringi oleh Diva Indonesia, Dato' Rossa dan saya difahamkan dia sanggup membatalkan programnya yang lain kerana mahu datang ke Malaysia untuk sama-sama turun padang bagi menjayakan konsert amal (Konsert Destini) ini. 


Gambar-gambar menarik dibawah. Dipetik dari laman Blog YDAB:

Majlis Ramah Mesra "YDAB Love Rossa"


Seperti yang diketahui umum, majlis ini telah diadakan di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam bermula jam 5 petang tadi. Sangat tak disangka, bahawa sambutan yang diterima pihak penganjur diluar jangkaan. Dataran dibanjiri dengan kelibat tetamu yang secara majoritinya daripada warga UiTM Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Kepada yang tidak berkesempatan, anda masih berpeluaang untuk mendapatkan tiket Konsert Destini yang bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember depan dengan menghubungi 0196704734. Majlis ini ialah bertujuan untuk membuat hebahan dan promosi Konsert Destini disamping bagi mencetuskan momentum aura konsert tersebut.

GAMBAR:





CEO YDAB, Dato' Ahmad Aizuddin Keudara Di Rancangan "Meletop Astro Ria" Bersama Rossa, Neelofa dan Nabil.


Sejurus selepas selesai Majlis Ramah Mesra "YDAB Love Rossa", promosi diteruskan lagi secara intensif dalam rancangan Meletop Astro Ria pada sebelah malam pula. Terima kasih yg tak terhingga buat Dato' Rossa dan Team Pecinta Rossa, tidak lupa juga buat Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) YDAB, Dato' Ahmad Aizuddin Ghazali yang tak kenal erti penat dalam menjayakan Konsert Destini ini.

GAMBAR:



Pertemuan Ramah Mesra Antara Naib Canselor UiTM, CEO YDAB dan Presiden GDAB Bersama Dato' Rossa.


Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sempat meluangkan sedikit masa untuk berbual mesra bersama Rossa dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif YDAB Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali serta Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) yang berlangsung di Pejabat Tan Sri VC. 

GAMBAR:



UNTUK LEBIH FOTO MENARIK DI FB PAGE KONSERT DESTINI 2013 DAN INSTAGRAM @ydabdihatiku

Wednesday 27 November 2013

HOT!! GAMBAR LEPAS MAIN DGN KEKASIH!! MELAYU KER APA NI!?!??


BUDAK UMP UPLOAD GAMBAR DI FACEBOOK LEPAS MAIN














Budak UMP Upload Gambar Di Facebook Lepas Main - Melalui gambar-gambar 
yang diupload tuan punya account facebook iaitu si perempuan ini memaparkan 
gambar-gambar bf yang dipenuhi 'LOVEBITE" di badan beliau.


sory to say to u all admin ada dapat account facebook budak perempuan tuh tapi 
admin tak nak kasi la sebab nati kang buaya-buaya diluar sana nak adjust pulak kan. 
haha, kena ingat ok sekali je orang tahu si perempuan itu dah kena baham dengan
 seekor buaya tapi kena ingat dibelakang masih banyak lagi buaya yang hendak rasa 
jugak. hahha. sory la admin kasi ayat kiasan sikit tak faham tanya cikgu bm ok..


apapun admin doakan si gadis cantik molek ini mendapat hidayah dan berubah 
kejalan yang diredhai Allah S.W.T





#KonsertDestini: HOT!! DATO' @mynameisrossa SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM!! TAHNIAH @YDABDihatiku!!



Difahamkan, semasa kedatangan Dato Rossa sempena Promo Konsert Destini di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam hari ini adalah bukannya hanya bermotifkan hiburan semata-mata.

Dia telah menyumbangkan sumbangan kepada anak-anak Rumah Amal Nur Muhammad semasa majlis berkenaan. Satu pujian melangit yang saya berikan atas usaha murni Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) kerana berjaya mencetuskan persepsi positif kepada imej industri seni dan universiti di Malaysia. 

SUMBER INSTAGRAM



Sunday 24 November 2013

SEBARAN DUIT PALSU!! SEBARKAN BERITA INI!!

Berhati-hati.. kesahihan saya masih tidak dapat confirm.. sila buat aduan secepat mungkin jika anda terjumpa duit palsu ini..

Mohon sebarkan..

Saturday 23 November 2013

SEDAR LAH PAS SEBELUM ANDA DI TIMUN OLEH PKR DAN DAP!!!


Agak kecoh semalam dibicarakan tentang insiden penangguhan sementara undian bagi memilih Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. Khabarnya penangguhan itu disebabkan “ter”salah edar kertas undi pada para perwakilan dan mereka dikehendaki mengundi semula nanti.

Menurut laporan media, proses pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden berjalan lancar seperti biasa. Dan penangguhan pengundian itu hanya melibatkan jawatan AJK PAS Pusat itu sahaja.

Baiklah. Sebagai manusia, saya faham bahawa seluruh jawatankuasa pemilihan PAS kali ini juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Mungkin yang terjadi itu hanyalah kesilapan teknikal yang melibatkan “ter”salah edar kertas undi. Itu tidak menjadi masalah kerana saya yakin PAS mampu mengatasi masalah tersebut.

Biasalah. Manusia mana yang sempurna, bukan? Hanya Rasulullah SAW sahaja yang sempurna dan layak digelar maqsum di muka bumi Allah ini.

Pada pemilihan PAS kali ini, jawatankuasa yang dilantik PAS itu hanya perlu menjalankan proses pengundian untuk seramai 1,129 orang perwakilan sahaja. Maksudnya, hanya sejumlah itu saja yang akan mengundi pada Muktamar PAS kali ini bagi memilih AJK PAS Pusat yang baharu.

Berbanding dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang hanya memiliki kekuatan lebih kurang 700 orang tenaga tetap dan sementara, mereka terpaksa meneliti seramai 13,291,385 orang pengundi dari segenap ceruk rantau di negara ini. Saya ulang, SPR perlu berhadapan dengan lebih 13 juta orang pengundi pada PRU ke-13 yang lalu.

Selain itu, SPR juga perlu menapis sebarang kekhilafan di dalam data daftar pemilih di mana ada dikalangan para pengundi yang sudah meninggal dunia masih kekal nama mereka di dalam pengkalan data ekoran kematian mereka tidak dilaporkan kepada SPR (kebanyakkannya hanya dilaporkan di balai polis sahaja).

Begitu juga SPR perlu menambah senarai pengundi baru yang bilangannya beratus-ratus ribu bilangannya setiap kali mengundi. Sudah tentu segala proses memadam nama, menambah nama dan menyemak daftar pengundi itu terlalu rumit serta “menjulingkan mata” sesiapa saja, bukan?

Justeru itu, PAS perlulah bertimbang rasa, bertolak ansur dan faham tentang kepayahan SPR menguruskan daftar pengundi di seluruh negara, bukan?

Maksud saya, kalau PAS boleh tersilap menguruskan proses pengundian bagi 1,129 orang pengundi dan dimaafkan kekhilafan itu, takkanlah PAS tidak boleh maafkan SPR yang terpaksa “menjulingkan mata”, “memerah otak” dan tenaga yang terhad untuk memproses lebih 13 juta pengundi di seluruh tanahair?

Apakah PAS begitu kejam dan zalim sehingga tidak mampu berfikir secara waras untuk bertolak ansur, bersifat memaafkan dan menerima sedikit kelemahan SPR? SPR juga manusia biasa seperti Jawatankuasa Pemilihan PAS yang tidak terlepas dari kesilapan juga, kan?

Usahlah PAS terpengaruh dan terikut-ikut dengan dakyah dan sikap busuk hati DAP dan PKR yang memburuk-burukkan pihak SPR. Pemilihan DAP sendiri kucar-kacir dan kecoh sana sini, pemilihan PKR juga menyaksikan kerusi, penumbuk, sepak dan terajang berterbangan sesama mereka, apakah PAS masih lagi mahu membiarkan diri dipengaruhi oleh golongan yang “kurang betul” itu?

Sesetengah rakan saya menyifatkan insiden penangguhan proses undi AJK PAS Pusat itu sebagai satu “tulah” atau “karma” bagi PAS yang sebelum ini turut memburuk-burukkan SPR pada PRU yang lalu. Kata mereka, “Allah bayar cash di dunia” bagi segala kutukan yang PAS lemparkan pada SPR.

Namun pada saya, “buang yang keruh, ambillah yang jernih”. PAS perlu kembali ke jalan yang benar. Bukan kembali ke jalan asal PAS, tapi kembalilah ke jalan Allah yang hakiki, jalan lurus yang diredhai. Bukan jalan politik yang bersifat duniawi. Bukankah hidup di dunia ini hanyalah ujian sebelum ke akhirat?

Justeru itu, PAS harus bermuhasabah diri kembali. Kenali diri sendiri dan betulkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum memperbetulkan pihak lain. Kalau PAS sudah di landasan yang betul, perbetulkan pula PKR dan DAP yang kini menjadi sahabat-sahabat PAS. Seterusnya barulah PAS akan dihormati UMNO dan BN.

Yang peliknya, apa yang saya dan rakyat lihat selama PAS di dalam Pakatan Haram, PKR dan DAP pula yang sering menafikan perjuangan dan memalukan PAS dengan pelbagai polisi yang bertentangan dengan Islam! Siapa yang betulkan siapa? Harap PAS renung-renungkanlah kebenaran ini dan elakkanlah menuding jari pada pihak lain.

Bak kata ulama, “hasib nafsaka qabla an tuhasib” – perhitunglah diri kamu sebelum kamu diperhitungkan…Wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

Thursday 21 November 2013

HOTT!! BUKAN ISU VILLA NABILA!! TAPI BIEEYLAA OHH BIEEYLLAA!!

Kes Villa Nabila pun belum habis kecohnya.. timbul pula kes baru.. Tapi ni bukan disorok hantu.. tapi ni perangai macam hantu.. Isk isk... Nak popular sampai maruah di gadai..
Bieylaa ohh bieylaa..

#KonsertDestini: TAK RUGI PUN BELI TIKET! SEBAB DAPAT PAHALA BANTU STUDENT MISKIN! @YDABDihatiku

Untuk membuat tempahan tiket boleh hubungi: 019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186
Dipetik dari laman berita mStar Online:


Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2 juta pada Konsert Destini yang bakal diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada 20 dan 21 Disember depan.

Dato Aizuddin sedang memberi penerangan kepada pemohon sewaktu penjelajahan kali pertama, Jelajah Destini Anak Bangsa 2012 (JDAB 2012) di Bagan Datoh, Perak.
Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, dana tersebut akan digunakan bagi membantu meringankan beban penuntut universiti itu daripada kalangan keluarga miskin.

"Selain penuntut UiTM dana itu juga akan disalurkan ke Tabung Pendidik Anak Bangsa YDAB bagi membantu pelajar berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di universiti tersebut," katanya kepada mStar Online.

Datuk Siti Nurhaliza (dua dari kanan) dan Amy Search (kiri) bersama individu yang terlibat dalam Konsert Destini. 
Mohd Aizuddin ditemui semasa sidang media konsert berkenaan yang diadakan di Hotel Blue Wave di sini pada Rabu.

Seramai sembilan orang artis terkenal akan membuat persembahan pada konsert berkenaan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy (Search), Rossa, Pansha (Ungu), Awie, Adira, Hafiz, Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah.

Program berkenaan adalah di bawah naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Rossa

Dalam pada itu, Mohd Aizuddin berkata, setakat ini tiket berharga RM1,000 sudah habis terjual dan perkembangan itu cukup memberangsangkan.

Malah katanya lagi, secara keseluruhan sebanyak 2,000 keping tiket telah terjual setakat ini.

"Dewan tersebut mampu memuatkan 3,750 penonton pada satu-satu masa dan sambutan hangat daripada penonton membuatkan kami mengambil keputusan untuk mengadakan persembahan itu selama dua hari," jelasnya.

Tambahnya lagi, setiap artis akan menyampaikan dua buah lagu manakala Siti Nurhaliza dan Amy akan mendendangkan tiga buah lagu.

Persembahan kesemua penyanyi pada malam itu nanti akan dipimpin oleh pengarah pemuzik, Edrie Hashim.

Sementara itu, Mohd Aizuddin berkata, pihaknya berbesar hati dengan sokongan nama-nama besar dalam industri muzik bagi menjayakan persembahan itu.

Malah katanya, rata-rata artis tidak mengambil masa panjang untuk bersetuju apabila mengetahui tujuan konsert itu diadakan adalah bagi membantu mereka yang memerlukan.

"Seperti hari ini (Rabu) Rossa tidak dapat hadir tetap dia akan datang ke Shah Alam minggu hadapan untuk melawat UiTM bersama-sama anak-anak yatim. Komitmen semua artis amat kami hargai," jelasnya.

Selain berharga RM1,000 turut dijual tiket berharga RM30, RM80, RM200, RM300 dan RM500.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi 019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186.- BLOG YDAB

ISU 40.000 BANGLA'S UNDI BN? ANWAR KENCING HIDUP2 CACAI PAKATAN RAKYAT!!

Kerajaan Bangladesh sekali lagi menafikan pembabitan lebih 40,000 warganya dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya mereka mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU-13.
Najib berkata, jika kononnya lawatan beliau ke Bangladesh dengan misi hendak berjumpa dan berterima kasih kepada pengundi Bangladesh yang telah mengundi BN dalam PRU lepas, ternyata misi beliau gagal kerana 
beliau tidak berjumpa dengan seorang pun daripada pengundi yang didakwa itu. "Nampaknya misi yang kedua ini gagal kerana saya tidak dapat jumpa 40,000 orang Bangladesh yang dikatakan telah mengundi Barisan Nasional," katanya kepada pemberita Malaysia pada akhir lawatannya hari ini.
Menurut Perdana Menteri, Sheikh Hasina sendiri menganggap tuduhan pembangkang di Malaysia itu sebagai amat mustahil dan tidak masuk akal sama sekali.
''Memang kita tidak ada memberikan 40,000 kewarganegaraan kepada orang Bangladesh dan Sheikh Hasina menafikan perkara ini berlaku," kata Najib.
Pada sidang akhbar sama, Najib memberitahu, beliau gembira dengan sambutan mesra yang diberikan oleh kerajaan Bangladesh dan Sheikh Hasina menghargai hubungan dua hala yang terjalin selama ini.

Betul juga kenyataan di bawah. Setelah seluruh rakyat Malaysia ditipu bulat-bulat tanpa rasa berdosa dan bersalah oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang semasa PRU13, mereka masih belum meminta maaf di atas penipuan jijik mereka.

You name it. Hampir kesemua pemimpin pembangkang telah menipu berbohong tentang isu ini. Ada juga yang memperlekehkan SPR dan kemenangan BN berdasarkan kepada undi orang Bangladesh. Orang itu ialah Lim Guan Eng DAP.




Orang ini yang juga mengkritik hebat sistem pilihanraya Malaysia mempertikaikan pakatan pembangkang sepatutnya menang kerana mendapat undi popular yang lebih. Padahal, sistem pilihanraya negara berdasarkan kepada 'first past the post' dan anak Kit Siang DAP itu pun tahu tapi berdegil mahu menjadikannya satu isu murahan. 


Tetapi apabila Lim Guan Eng DAP tergolek jatuh ke tangga 5 ditolak perwakilan semasa pemilihan semula CEC DAP dan mendapat undi popular yang berkurangan, beliau dengan tanpa malunya menjawat jawatan tertinggi di dalam parti DAP. Manakala, calon yang mendapat undi popular yang terbanyak hanya sekadar pengerusi biro parti sahaja.

Seriously, di manakah nilai kredibiliti Setiausaha Agung DAP ini? Cakap saja pandai tapi bila kena batang hidung sendiri, beliau tidak pula 'bangkit mempertahankan prinsip' beliau?

Kerana itu juga kita saksikan krisis dalaman DAP di beberapa negeri seperti Kedah, Melaka dan lain-lain. Amat memalukan sekali.

Selain daripada itu, media pro-pembangkang juga memainkan peranan yang sangat jijik dan kotor tentang isu 40,000 'pengundi Bangladesh'. Lihat printscreen di bawah :







Kita saksikan kembali 'pendedahan' Anwar tentang 40,000 pengundi yang tidak masuk akal tetapi dipercayai bulat-bulat oleh sebahagian rakyat Malaysia.

Dan seperti yang kita semua tahu, finale kepada kenyataan di bawah ialah Anwar terpaksa gigit jari sekali lagi kerana kalah dalam PRU13 !


Video : berbelit dan tidak betul

Dan setelah terbukti bahawa isu 40,000 'pengundi Bangladesh' adalah satu penipuan paling jijik dalam sejarah pilihanraya negara ini, tidak ada seorang pemimpin pembangkang yang tampil ke hadapan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

Di bawah adalah laporan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh tentang pembohongan jijik pembangkang itu :   

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi BN pada pilihan raya umum ke-13. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU-13. 
Najib berkata jika kononnya lawatan beliau ke Bangladesh dengan misi hendak berjumpa dan berterima kasih kepada pengundi Bangladesh yang telah mengundi BN dalam PRU lepas, ternyata misi beliau gagal kerana beliau tidak berjumpa dengan seorang pun daripada pengundi yang didakwa itu. 
"Nampaknya misi yang kedua ini gagal kerana saya tidak dapat jumpa 40,000 orang Bangladesh yang dikatakan telah mengundi Barisan Nasional," katanya secara sinis dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Dua Hala dengan kerajaan Bangladesh di Dhaka. 
Kata Najib perdana menteri Bangladesh turut mempersoalkan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai mustahil kerana untuk mengundi di Malaysia, seseorang warga Bangladesh perlu menukar kerakyatan mereka kepada warganegara Malaysia. 
"Dia kata memang tidak ada (tidak wujud) tindakan untuk kita (kerajaan Malaysia) memberi 40,000 kewarganegaraan pada orang Bangladesh," kata Najib. 
Pada PRU-13, pakatan pembangkang mendakwa BN menggunakan 40,000 rakyat Bangladesh untuk mengundi parti gabungan berkenaan. 
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan 2014 peringkat dasar di Dewan Rakyat menyelar dakwaan tersebut dan mendedahkan bahawa dalam tempoh 10 tahun yang lepas, hanya 12 orang Bangladesh yang telah mendapat kerakyatan dan menjadi warganegara Malaysia - Bernama
hairan kerana masih ada juga rakyat yang masih percaya dengan pemimpin-pemimpin pembangkang dan media-medianya yang ternyata telah berbohong besar dan memperbodoh-bodohkan seluruh rakyat Malaysia.

Kesihan.



Wednesday 20 November 2013

LAPORAN @kdnputrajaya : RAKYAT MALAYSIA DIDAPATI TERLIBAT DENGAN GERAKAN PENGANAS!! @Zahid_Hamidi

APAKAH ZERKALA?

Daripada sumber yang didapati,  Zerkala organisasi pengganas antarabangsa yang berpengkalan di Russia dan kini mempunyai ramai ahli yang aktif di seluruh dunia. Organisasi ini mula diasaskan sejak tahun 1990 lagi. 

Apa yang mengejutkan ialah terdapat dikalangan ahlinya adalah berwarganegara Malaysia. Ini adalah hasil unit perisikan PDRM dan INTERPOL. Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak berkenaan.



Laporan Kementerian Dalam Negeri mengenai organisasi pengganas antarabangsa tersebut:

Sila kilik gambar untuk paparan lebih besar

Organisasi ini menggunakan JIHAD sebagai prinsip perjuangan bagi mengaburkan pandangan umum, sebaliknya mereka mengamalkan dasar KAPITALISME, iaitu dasar yang terpesong jauh daripada JIHAD.

Menurut terjemahan WIKIPEDIA:

KAPITALISME - merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dansosialisme.

P/S: Atas dasar ISLAMIK, kita patut menentang organisasi sebegini sekeras-kerasnya. 



Tuesday 19 November 2013

Kenali #KonsertDestini, Satu Lagi Program Anjuran #YDAB!! Tempah Tiket Sekarang!! @aizuddin_MAG artis jemputan @mynameisrossa

AYUH BERSAMA-SAMA JAYAKAN KONSERT DESTINI ANJURAN YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA DENGAN KERJASAMA UITM DAN FAKULTI FILEM,TEATER & ANIMAS PADA 20 & 21 DISEMBER 2013 INI!!!


Butiran konsert adalah seperti berikut:
TARIKH: 20 dan 21 Disember 2013MASA: Bermula jam 8 malamTEMPAT: Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

ARTIS JEMPUTAN

Rossa juga turut hadir untuk menghiburkan anda

Konsert ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi popular tanah air dan antarabangsa seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Rossa, Pasha Ungu, Dayang Nurfaizah, Hafiz, Adira, Jaclyn Victor dan Awie.

TIKET DAN TEMPAT DUDUK

  • Harga tiket yang ditetapkan adalah bermula dari RM30 (Level 2), RM80 (Level 1), RM200 (Ground Floor 1), RM300 (Ground Floor 2), RM500 (Ground Floor 3) & RM1,000 (VIP)
  • Tempat duduk adalah BEBAS.
HAMPARAN LAKARAN LOKASI TEMPAT DUDUK DIDALAM DEWAN AGUNG CANSELORI, UiTM SHAH ALAM SEWAKTU KONSERT BERLANGSUNG

PROSES PEMBAYARAN

PERINGATAN: Pembayaran tiket boleh dibuat sebelum 15 November 2013. Sekiranya tiada pembayara dibuat selepas tarikh tersebut, tempahan yang dibuat terbatal secara automatik.


NO. AKAUN BANK CIMB YDAB: 1277-0001-679103

1. Melalui CIMB CLICKS atau melalui Cash Deposit Machine (CDM) ke akaun bank CIMB YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA.

2. Emailkan resit transaksi ke alamat emel berikut: konsertdestini2013@gmail.com
 
   ATAU  



   3) WhatsApps no. transaksi/ no. resit ke TEL: 019-6704734

LOKASI UNTUK MENGAMBIL TIKET

Tiket-tiket yang telah ditempah boleh diambil di lokasi dibawah bermula hari konsert berlangsung (20 November 2013):

1) Canseleri UiTM, Shah Alam (kaunter mula dibuka pada 13 Nov 2013, 9 pg - 5 ptg)

2) Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA) UiTM, Kampus Puncak Perdana.
Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam.


3) Pejabat YDAB beralamat dibawah:

7-3 Setia Avenue,Jalan Setia Prima (S) U13/S,40170, Shah Alam. (Tel. : 03-3343 5080)



LAMAN SOSIAL


Follow Twitter @YDABDiHatiku dan @Jelajah_UiTM untuk info atau maklumat terkini.  Manakala hashtags yang digunakan sebagai bahan rujukan anda ialah #LiveUpdate #KonsertDestini untuk mengetahui tentang promo, perkembangan mahupun apa-apa perubahan terkini konsert ini.

FOLLOW TWITTER & INSTAGRAM RASMI CEO YDAB - @aizuddin_MAG
Sebarang kemusykilan, boleh terus hubungi no. telefon dibawah atau layari laman sesawang yang diberi:

TEL: 019-6704734 / 03-79622186 / 03-33435080


Facebook:https://www.facebook.com/konsertdestini

Instagram :https://www.instagram.com/konsertdestini 

Twitter :https://www.twitter.com/konsertdestini





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktops